14 July 2009

Product Life Cycle

class dah start, saya dah kembali ke mode student semula setelah puas bercuti lenggang kangkung membersarkan bontot dan perut selama sebulan lebih. first class yang saya masuk setelah seminggu class bermula ialah Advertising Campaign.

topic yang menarik minat saya adalah Product Life Cycle (PLC) apa sebenarnya PLC ni?

ia ada empat peringkat, iaitu :

1. Market Introduction Stage
2. Growth Stage
3. Mature Stage
4. Decline Stage


saya terus bagi contoh supaya paham dengan lebih senang. saya mengeluarkan product ice cream vanilla untuk diperkenalkan di pasaran. saya menggunakan advertising untuk mengintroducekan dekat pasaran. itu dipanggil Introduction Stage. Growth stage pula bila orang mula hangat memperkatakan tentang product saya dan membelinya selepas di advertisekan. sampai di Mature Stage, product anda dah dikenali and people already aware pasal product kamu dan orang akan membeli atau tidak membelinya mungkin kerana terlupa. disini anda perlulah menggunakan advertising untuk mengigatkan consumer supaya aware pasal product awak. dan Decline Stage pulak, bila product tersebut dah tak laku atau tiada dalam pasaran.


tapi sebenarnya masa lecture saya berangan jauh. saya terbayang bila manusia sendiri yang menghadapi PLC ni. agak kelakar jugak lah kerna saya membayangkan TIGA JANDA PINGITAN. janda yang mati suaminya ok! mereka adalah jiran saya, iaitu Aunty Jem, Cik Timah & makcik Mah.

kenapa saya kaitkan topic ni dengan 3 Janda Pingitan ni sebab, saya terbayang masa dieorang muda-muda hot belaka. time tulah nak di Introducekan dekat market. nak mula-mula pakai lipstick cari jodoh. masa zaman-zaman dieorang masih pakai spec besar dan seluar bell bottom. mesti sangat hot dan stylo.

lepas tu bila dah growth stage, jejaka idaman masing-masing masuk minang. dan maka berkawin lah mereka dan duduk di Lorong Jalan Tiung ni. dapat lah anak-anak dan mengembang zuriat.

time Mature pula bila menghadapi keadaan yang mereka dah jadi janda bila kematian suami masing-masing. dan dapat duit pampasan dari EPF atau Socso. mulalah mereka membeli barang-barang kemas dan melawakan diri mereka. bukan sebab nak mengorat ke apa. tapi hanya untuk self satisfaction. anak-anak semua dah besar. apa lagi nak buat.


dah decline stage tu paham-paham ajalah.

saya masih di introduction stage. belum nak sampai second stage lagi. haha! nasib baik saya belum ada hati nak pakai bell bottom lagi.

***Dalam kelas berangan syok woo..dah la aircond class tu sejuk! boleh nak tertidur-tidur



1 comment: