05 December 2010

Aku Tak Bodoh

Hari ni, saya pergi tengok cerita aku tak bodoh dengan kawan & bf. Ingatkan cerita cliche melayu yang biasa-biasa, but the thing is cerita ni agak bagus. Dapat kembalikan cerita-cerita zaman silam saya. Ia menceritakan tentang dua buah keluarga yang berbeza, antara ibu bapa yang sangat sibuk mencari harta duniawi sampai lupakan akan tangungjawab sebagai ibu bapa dan satu lagi seorang ayah, yang dulunya pernah dimasukkan ke penjara atas perbuatan memukul orang.

Btw, tak boleh nak cerita panjang lebar sangat tak surprise :) apa yang membuatkan saya sedih kerana banyak kenangan silam dari kecil sampai ke besar saya sama macam jalan cerita tu, but the thing is it's just the story maybe sebab saya emo lebih. Tapi, kadang-kadang sebagai seorang manusia dan sebegai perempuan perasaan sensitif tu tetap ada. It's a good movie to watch dari cerita-cerita hantu yang dipertonton sekarang.