28 June 2009

Advertising

tadi ayah sms saya, suruh ngambik dia dekat LCCT pukul 9pm.

"K***, nanti tlg ambil di LCCT jam 9pm. flight number AK747"

saya pun terus reply "OK!"

hari ni saya bangun lewat memandangkan saya tak ada aktiviti hanya berehat di rumah, dan mata saya sakit akibat terpakai contact lens yang dah expired semalam. jadi mata saya tak boleh terdedah kepada cahaya matahari. ingat baru nak golek-golek atas katil, saya terkenangkan tayar kereta yang pancit termasuk paku.

mengeluh "aduh! nak kena pi tampal ni, kang tak pasal-pasal pancit tengah jalan kang mampus aku."

jam menunjukkan pukul 1pm, saya pun bangun duduk termenung atas katil. otak saya mula berputar ligat bila saya terpandang barang-barang kecantikkan atas meja solek saya. "kenapa aku start pakai compact powder,toner,moisturiser brand ni huh?"


mungkin sebab saya terlalu brand concious kot? tapi kenapa boleh jadi macam tu? ala senang je jawapan kepada soalan tu. sebab advertisinglah, kalau tak ada advertising macam mana saya nak kenal brand-brand tersebut. even saya datang dari background advertising, tapi kadang-kadang tertipu jugak dengan advert. haha! sedih betul. tula namanya nafsu.


macam mana nak advertisekan product, nak tau? ok saya bagi contoh, if saya nak keluarkan satu air brand ABC. saya nak kena tahu macam mana saya nak pasarkan menda alah ni. so, saya bagi pihak company ABC dah ada peruntukkan sebanyak let say RM50k. saya akan cari satu advertising agency yang boleh handle on advertising.

jadi on behalf advertising agency tu, media planner akan plan dan buat research dekat mana product ni akan di iklankan & menggunakan medium apa. contohnya, product air ABC saya, media planner akan masukkan di dalam quotation iklankan air ABC ni di billboard dekat fedral highway, segala kos sewa billboard selama setahun (iklan billboard ada contract, paling kejap 10bulan) akan diletakkan dalam quotation. awak pernah nampak selalu bawah billboard besar-besar tu, ada company-company yang akan handle benda alah tu contoh macam UPD, BIG TREE. penah kan nampak, kadang-kadang kalau company kecik, dia akan letak skali number phone so senang lah nak call.


lepas quotation harga dan dah tau where to placed the advertising, baru proceed kepada design. contohnya untuk air ABC kita buat satu TVC, Radio commercial, billboard dan pakaging pun kena design but that particular agency. so design akan dibuat mengikut konsep dan kesesuaian product tersebut. designer will come with one BIG IDEA untuk product tersebut. bila dah siap, Account planner adalah orang yang bertanggungjawab untuk jumpa dengan client proceed design yang telah dibuat oleh agency dia.

setelah pemilik syarikat minuman ABC tu berpuas hati, maka mereka akan terus contact orang yang bertanggungjawab untuk billboard, kilang-kilang nak printkan pakaging, call media prima (if dalam quotation tu dah di statekan TV3, dah pukul berapa nak tayangkan dan rate harga telah ditentukan). dan tarikh-tarikh yang sesuai untuk launchkan product tersebut secara besar-besaran akan dibuat.

lepas product tu dilaunchkan semua media, syarikat minuman ABC ni akan tengok sales dieorang samaada meningkat atau menurun. selalunya syarikat akan invest duit untuk naikkan sales barangan dieorang. if the advertising itself berjaya makan product mereka akan jadi POP! dan semua orang kenal. ok saya bagi contoh bagi product Ali Cafe, pernah tak awak rasa hot chocolate OLIGO COCO? kalau awak nak tahu rasa dia sangat tak sedap ok! lebih baik awak beli Cadbury pnye hot chocolate. lagi sedap. tapi sebab iklan dia kat TV tu nampak best, ramai yang pergi beli termasuk saya. haha!

tapi if sales tak mencapai tahap yang memuaskan, tak boleh nak salahkan advertising semata-mata. kadang-kadang product itu sendiri kena bagus. bak kata pepatah David Ogilvy (father of advertising) "kalau product itu sendiri tak bagus, buat advertising pun tak guna jugak, product itu sendiri harus berkualiti dan di support dengan advertising barulah laris".


dekat malaysia ni, kalau awak nak tahu advertiser (company yang banyak labur duit buat advertising) yang paling banyak melabur ialah syarikat telekomunikasi. macam tahun lepas advertiser yang paling top is Digi. tapi tahun ni pulak Celcom dah amik alih. sebab tu kita tengok banyak sangat iklan telekomunikasi. selain tu ada jugaklah advertiser lain macam Uniliver, MAS, TM dan banyak lagi. dan advertising jugak ada menyumbang kepada economy growth tau.


tapi dekat Malaysia ni, advertising tak sehebat macam dekat US. mungkin kita ada sedikit ketinggalan. even in India pun advertising dia best-best. tapi takpe Malaysia Boleh! pelan-pelan kayuh, mesti berjaya. kita pun boleh tengok banggunan-banggunan dekat KL dah penuh dengan advertisingkan? tu menunjukkan kita dah maju kehadapan jugak. sebab still yet kita memerlukan advertising untuk kehidupan harian kita. kalau takda advertising susah la kita nak compare barang-barang yang in the same product category.





27 June 2009

dua puluh enam jun

aduh. jumaat datang lagi, saya paling benci hari jumaat sebab esoknya dah sabtu & ahad. nanti mesti saya takda plan untuk pergi mana-mana. lepas tu rumah semak dengan semua orang, mesti semua kepochi-kepochi. susah la saya nak tido dengan tenang.

seperti biasa, hari ni saya bangun jam 7.30am dan bersiap-siap dan start engine kereta untuk menghantar emak ke kantornya. sedang-sedang nak panaskan engine, saya pun bukak la radio capuk saya untuk mendengar berita-berita terkini. oh! alangkah terkejutnya saya apabila terdengar berita tentang kematian Micheal Jackson. saya ingat ini main-main, baru macam nak pergi saman FLY FM. geram pun ada sebab takut berita ni khabar angin je.

saya pun balik rumah terus on laptop dan google. la memang MJ's dah meninggal, semua status di facebook semua cerita pasal kematian MJ. dia meninggal pasal heart complication rupanya, saya ingat sebab cancer kulit ke, pasal hidung dia tercabut ke. haha! eh tak baik pulak gelakkan arwah.


ada satu mamat ni konon-konon cool lah, tulis status "KAGUM DENGAN JUMLAH ORANG YANG DISENTUH OLEH KEBERANGKATAN MICHEAL JACKSON. BELIAU SUDAH PERGI, TOKSAHLAH LEBIH-LEBIH" ehh! hello mat, mesti la orang lebih-lebih dia meninggal. awak tu yang toksah lebih-lebih nak create attention. masalahnya, memang semua orang tau yang dia tu legend. dan sangat famous the whole world. even saya yang lahir pada zaman 80-an memang celik-celik mata dah tau teka teki "Masa kecik dia hitam dah besar dia putih" Micheal Jackson lahhh sapa lagi.


nasib baik dia sempat convert Islam, Alhamdulillah. dah la legend at the same time jadi icon untuk orang-orang Islam. Innalillah.....semoga rohnya tenang...


OK Lupakan tentang MJ



saya dapat SMS dari kawan saya masa belajar-belajar dulu :

Miss Temah : Nk ajk lunch

saya : Jom, what time?

Miss Temah : pukul 1pm

saya : ok , dh ntway sms k


kami pon menuju ke kopitiam berhampiran rumah untuk lunch. tengah lepak-lepak, saya terpandang meja sebelah makcik dan seorang anak dia. saya nampak anak dia melompat-lompat sebelah ibu dia, mungkin excited kot nak makan dekat luar. saya pon membuat pesanan kepada pelayanan kopitiam tersebut.

entah kenapa, mata ni asyik nak pandang budak lelaki tu jer. budak tu nampak mcm nakal. lompat sana, lompat sini. sampai tumpahkan air yang baru mak dia bagi dekat dia. uh! saya pulak yang geram macam nak celepuk suruh dia duduk diam. tapi mak dia sabar layan kerenah anak dia. dalam hati, "wahh! mak dia sangat penyabar, harap saya dapat jadi mak yang macam tu satu hari nanti, InsyaAllah".


Malam pun Tiba


Mak : teman mak pergi rumah Cik kiah, lama tak jumpa dia. nak borak-borak la

saya : ok, tapi nak mandi dulu

Mak : cepat sikit, nanti dah malam sangat

saya : mak, nanti belanja ice cream & yougurt ! lapar la :(

Mak : mengadalah ko ni

saya : Pleaseeee.......

Mak : yelah, ice cream potong k

saya : tak kisah as long as mak yang bayar! haha


saya pun bawaklah mak pergi rumah cik kiah, masa sampai tu saya terus terkam kotak Tv sbb kat saya terpandang subtitle "Mencari Jodoh". tetamu undangan kali ini ialah diana rafar & zamarul hisham. masa dieorang wedding saya attend, best gila. cuba anda bayangkan, playground belakang hotel concorde dekat shah alam tu boleh di jadikan wedding garden. sangat creative even saya pun tak terfikir nak buat kenduri kawin dekat situ.


saya pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni semua asyik tanya saya bila nak kahwin? mungkin dieorang dah nampak muka saya semakin nampak tua kot. sampai saya jadi rimas hari-hari mesti ada topic kawin, tak pun anak. tunggu lah nanti saya dapat jodoh saya mesti kahwin punya. biarlah rasa cinta & hidayah tu datang sendiri tanpa di paksa.

seperti yang kita tahu, kalau nak pilih pasangan tu ada empat ciri-ciri yang perlu diutamakan.
agama,harta,kecantikkan & keturunan. Nabi s.a.w berkata, yang lebih afdal pilihlah yang beragama nescaya selamat dunia akhirat dan haruslah hormat pasangan masing-masing.


tengah kusyuk tengok TV, cik kiah tegur amboi ! nak cari jodoh ke? kenapa takda bf lagi muka comel-comel macam ni ? (bukan nak puji ok! tapi mmg cik kiah cakap) saya pun diam je lah nak cakap macam mana. saya pun tak tau nak jawab soalan cik kiah macam mana. senyum lebar sampai telinga.



sebenarnya cik kiah ni ibu tunggal macam mak saya jugak. cik kiah pernah berkahwin sebanyak dua kali. suami pertama dia tinggalkan dia macam tu sahaja tanpa khabar berita. kemudian cik kiah kawin pulak dengan second husband dia, tapi cerai jugak sebab bini pertama dia dengki. cik kiah dulu mak saya cakap, cantik suka make up dan melaram. memang hot lah! tapi sekarang sebab banyak sangat problem pasal anak-anak, duit dan suami dia dah malas nak fikir dan dah tak melaram macam dulu lagi.



dia cakap dengan saya, lelaki zaman sekarang tak pandang dah kalau perempuan tak berduit. at least ada kerjaya dan tak letak banyak beban dekat dieorang. yang itu saya agree dengan penyataan tersebut. sebab memandangkan economy global kurang bagus dan takkan nak suruh husband kita seorang je keje. kang tercabut tulang empat kerat. so kenalah harus bantu membantu antara satu sama lain. biar cukup makan, minum & pakai. nak beli susu & pampers anak bukan murah sekarang ni. kita kenalah give & take. barulah rasa macam fair & square. bukan ke kita berkahwin tu nak berkongsi segalanya?


saya pun dengar lah dia potpetpotpet dengan penuh semangat sebab dia dah berpengalaman berkahwin dua kali dan pengalaman dia nak membesarkan anak-anak seorang diri. tu bukan kerja mudah. suami tak bagi nafkah, kena kerja sendiri nak sara anak. kesian cik kiah. saya suka dengar pengalaman orang, so nanti bila saya nak buat apa-apa mesti saya teringat dan tak tersalah langkah.

lagipun zaman sekarang ada banyak faktor yang membuatkan rumah tangga tu goyah. so, tak boleh nak anggap benda tu as -ve take it positively. mungkin apa yang terjadi tu ada hikmah di sebaliknya. who knows?


cik kiah masak nasik lemak sedap sangat! saya pelahap sampai habis.
saya layan lagu ni masa tulis blog ni cari mood !







26 June 2009

Demam transformers

depan belakang tepi kiri kanan semua duk cerita pasal transformers. saya dah tau cerita ni nak keluar since awal tahun lagi. memang hajatnya nak tengok pun. sekali, time preview terlepas pulak nak beli ticket. tak kesahlah, saya pun tunggu la dua tiga hari baru nak pergi tengok. tapi asyik-asyik full je sit. then suddenly, kawan saya reserved ticket but she couldn't make it. saya dengan happynya sms dia nak reservation code.



unfortunately, Transformers 2 ni tak berapa nak best sangat. dan saya agak kecewa sedikit. banyak sangat adengan cinta-cinta. sampaikan tengah sibuk nak perang boleh pulak nak bercinta lagi. choy! orang nak tengok robot-robot tu in action. banyak sangat CGI sampai namak macam fake pulak. but overall story saya bagi 7 out of 10. optimus prime kali ni nampak macho sikit if to compared to last time, nampak sangat gay dengan misai dia.


takpelah, my next movie list saya nak tengok GI Joe and 500 days of summer (on july).










23 June 2009

i want to be your favorite hello and your hardest goodbye

sweetnye kalau lelaki boleh cakap macam tu dekat saye. mesti saya terkembang-kembang bontot. haha! perasan sungguh. saya nak ape jadi favorite hello awak sampai bila-bila and the hardest goodbye sebab nanti awak takkan tinggalkan saya. cewah! cam filem Shakespeare gitu.





saya bukan nak cite sangat pun pasal title tu. tapi recently saya ada jumpa kawan baik saya. kira kawan baik jugaklah, sebab saya selalu contact her through facebook. kekadang tu singgah-singgah page die tanyakan khabar. memandangkan saya tengah cuti, dan dia pulak menganggur buat masa ni. so we have decided untuk bertemu di sebuat kopitiam ABC. bila dah dua mulut murai bertemu maka keluarlah segala gossip-gossip sok sek sok sek kiteorang.

saya : eh Cik P, u dengan si brat pitt (bukan nama sebenar) tu ape cite?

Cik P : eh kiteorang dah 4 bulan dah clash.

saya : ya rabbi, kenapa i tak tau ni. dulu bukan main ehem-ehem lagi.
asal clash? *kepochi sungguh aku ni, tapi nak kepastian*


Cik P : dia ada perempuan lain lah.

saya : hish! dasar lelaki, dah ada gf cantik nak cari yang lain lagi. nak cantik tara mana tah!

Cik P : takpela, takde jodoh, sekarang pun i dah ada yang lain. which is better than him.

saya : eh bgs sangatlah tu, biar dia dengan perempuan obsses tu.




pastu bla bla bla banyak lahhh gossip kiteorang keluar. mana bole cerita semua. kantoi la macam ni..haha





apa yang saya nak cakap sekarang, saya ingat perempuan je jenis tak pernah puas dan bersyukur sebab perempuan ni ada 9 nafsu. lelaki cuma ada satu nafsu je. yang si Brat Pitt ni, perasan sangat hensem. konon-kononnya photographer lah! tapi tengok album, semua gamba gonjeng dia je dia letak. obsses sangat dengan muka dia yang konon-konon macam rangga tu. bagusla tu pergi bercinta dengan perempuan yang sama obsses dengan kamu tu.


masalahnye, ada jugak lelaki yang nak hidekan status relationship dieorang sebab still nak mencari yang terbaik untuk mereka. maksud saya macam, Cik P tu dah memang cantik, berpelajaran, independent dan macam-macam lagilah. tapi, still yet dia nak cari yang lagi bagus. EH BRAT PITT kalau macam tu baik couple dengan bidadari je lah. senang, semua complete.


cubalah kita bersederhana sikit, apa yang kurang kita baikilah. apa yang penting, niat kita nak bercinta dengan kekasih kita tu. kalau kita betul-betul ikhlas terima dia seadanya, saya pasti mesti bahagia punya. kalau kita ada pasang niat lain, still searching for perfect women sebab rasa diri sendiri perfect sampai bila-bila pun tak jumpa. kadang-kadang awak kena judge seseorang tu dari cara dia membawa perwatakkan diri dia. kita boleh nilai samada dia bijak atau sebaliknya. tapi bagi saya sendiri, nak kenal seseorang tu mengambil masa yang lama. bukan senang nak membuka pekung didada.


senang cerita in relationship, kita ikhlas dan trust. itu je lead to happy. jangan nak selalu sangat cari yang perfect, sungguh-sungguh nanti awak mesti tak dapat punya. saya cakap berdasarkan pengalaman. kalau dah couple dah lama tu, buang perasaan bosan. buat aktiviti-aktiviti yang dapat menceriakan relationship. contohnya macam picnic di hujung minggu, ajak pergi galery ke, keluar jalan-jalan naik public transport ke. mesti happy!

Lelaki bedebah!

kawan saya hantar link suruh saya baca. huh! bedebah sungguh si suami ni. kenapa mesti isteri yang jadi mangsa? dah ada isteri jangan lah buat perangai. kenapa lah lelaki ni tak pernah puas & bersyukur dengan apa yang dia ada. dah terkantoi dengan si isteri mulalah nak menggelabah. ugut-ugut nak buat macam-macam.


time bercinta dulu janji-janji manis hari hari duk tabur. lepas dah dapat, badan isteri dah rebeh sebab dah lahir anak tiga baru nak jalan satu kilometer kehadapan. tapi, isteri pun kenalah pandai layan suami jugak. ehem! pandai layan tu paham-paham sendirilah kan. tapi kadang-kadang suami dah ada bini cantik pun nak cari pompuan lain. ei please lah. tolonglah bersyukur sikit.


jangan salah gunakan technology, dah la anak-anak muda pulak tu awak nak jadikan mangsa. awak tak terfikir ke nanti anak awak pulak yang jadi mangsa? renung-renungkan lah..

21 June 2009

hari minggu

weekends macam ni selalunya mesti orang lain penuhi hari mereka dengan aktiviti yang dah di plan seminggu lebih awal. jam menunjukkan 7.10pm, saya masih tercangak dekat rumah depan computer ni. nak keluar pun malas. so facebook dan jadi blog walker lah jawabnya.


semua profile orang saya stalk, walaupun saya tak suka stalk tapi dah bosan semua pon jadi. then saya curious dengan sorang mamat dalam friend list saya ni. seingat saya, saya yang add dia. tapi tak tau apa motif. dia rajin jugak meninggalkan comment, tak lah rajin sangat tapi ada la jugak terselit. sebelum ni tak pernah ambil tahu pun pasal dia. even bukak profil or gambar pun tak pernah kerna default gambar dia bkn gambar sebenar.


entah hari ni kenapa tergerak hati nak bukak, memang tak jumpa apa-apa yang memberansangkan. tetapi ada sesuatu yang saya jumpa which potray yang dia ni mesti lucu orangnya. dan kekasihnya juga boleh tahan cantik-cantik belaka.


tapi ada satu yang tak dapat di elakkan, yang still menjadi tanda tanya. kenapa orang lelaki mesti mahukan perempuan cantik sebagai teman hidup? saya tau ini subjective and too general. saya tak tahulah pendapat orang lain. tapi apa yang saya rasa memang lelaki mahukan perempuan cantik sebagai teman hidup.

even there's survey conducted in UK 75% guys nak dating dengan bimbo rather than smart women. tapi saya tau jawapan yang awak akan berikan bagi survey ini. mesti cakap itu hanya untuk dating, bukan buat bini.

bukan nak merendah diri cakap saya tak cantik, saya bersyukur dan merasa cukup sempurna dengan anugerah yang di berikan dan mungkin post ini agak cliche dan bosan untuk di baca. mungkin saya terlalu banyak bergaul dengan lelaki-lelaki kacak yang inginkan perempuan cantik kot. langsung terus saya buat perception sendiri. mungkin ada juga lelaki yang akan menilai wanita itu dari presentation, attitude dan innerself perempuan tersebut.

terpulanglah, itu persepsi masing-masing kan?

Malam Pesta Indonesia 3

waduh, saya terlepas untuk nonton konsert yang mengandingkan semua band-band hebat kali ni. dah la semua saya suka! sedih sedih. nak ajak kawan pergi semua complain takda duit. nak dapat ticket free melepas pulak. hish.


Tiiittt...Titttt *sms diterima*

and the conversation goes......




Mr SM : hye sy dpt tgk konsert.

Perempuan : konsert ape?

Mr SM : konsert indon tu la. member ade ticket free

Perempuan : woi nakkkkkkkkkkkkkkkkk

Mr SM : dah takde la. sy la dpt 1 ticket free tu

Perempuan : Ala......

Perempuan : konsert tu start hari ni kul 3 ptg

Mr SM : yela. saya dapat ticket free kawan keje cameraman TM

Perempuan : oh..yeke...sila2 *padahal dalam hati jelous gila*

Mr SM : tadi saya ajak awak makan xmau

Perempuan : sape nak makan. nk kurus

Mr SM : teman je la *hish! sapa nak teman makan je. baik bunuh diri tau*

Perempuan : pegi jelah konsert tu..saya nak fikir nak pegi mana ni..

Mr SM : SO7 tengah perfom ni

Perempuan : So? *dengan nada kerek*



hish menyirap je rasa. dah la konsert dewa terlepas. ni pon terlepas! kapan lagi kapannnnnn. tapi kawan saya cakap, anak ahmad dhani jugak perfom. *cute!*


saya nak merajuk seminggu dengan awak Mr SM





20 June 2009

With a single click u can?

u can shopping! i bet perempuan memang can't ressist shopping. lagi pulak sekarang online shopping semakin famous dekat Malaysia. jimat kos minyak, parking and sometimes barang yang kita nak jarang boleh dapat in our area. kenapa saya tertarik nak tulis post ini, kerana nak cerita pasal experience first online shopping.



selalu bila sebut pasal online shopping, ramai yang berpendapat yang itu tak bagus. but why? nanti kena tipulah, barang tak sampai lah, salah size or maybe benda yang nak beli tu tak sebagus display gambar yang di tunjukkan. tapi, perasaan ingin tahu ni melebihi dari tanggapan negatif.


saya pun pergi ATM, activatekan pin maybank2u supaya senang nak transfer duit tak payah pergi cash deposit. tapi dalam kepala otak tak tau lagi nak cuba beli barang apa. tak pelah, facebook-ing dulu. then i came accross satu group di mana semua nya peminat vintage. saya pun tertanya-tanya, "eh ni trend baru je pakai baju emak-emak?" menarik jugakkan. nak pakai baju emak saya confirm lah tak muat. dia pettite.


browse punya browse berkenan dengan satu dress, saya try email kepada owner blog tersebut. dan tanya tentang method of payment semua. selesai transfer duit, katanya dia akan pos esok. within 2 days, saya dah dapat dress saya. malangnya, dress tu singkat! kecewa saya. salah saya jugak sebab tak tanya measurement untuk baju tersebut. so, saya tak salahkan si penjual. saya duk fikir, apa nak buat dengan baju ni? jual balik? kawan-kawan saya mana nak pakai baju macam ni. dieorang prefer jeans, tshirt.


ahh! lastly saya tau apa nak buat, why don't i start a blog jugak? join community vintage. mungkin blog saya boleh jadi hot selling item *berangan* . saya pun try cari stock dekat bundle (vintage semuanya pre-loved item) bermodalkan RM50 saya dapat 10 baju. murahkan? saya pun shoot gambar baju tersebut termasuklah baju yang singkat tu.


upload masuk blog, saya jadi blog walking untuk advertise. selesai sudah, tunggu first customer. dapat sambutan hangat. seronoknya! Alhamdulillah, blog saya dah di kira famous jugak among blog-blog yang menjual pakaian vintage. Amin.


online shopping dah semakin berleluasa dekat Malaysia ni. banyak medium yang digunakan seperti facebook,myspace,blog dan www yang lain untuk advertise barangan mereka. banyak barang-barang pelbagai genre. even makanan pun boleh order macam pizza hut or mangkuk tingkat . siap boleh hantar terus ke pintu rumah, see best kan?


kalau dekat overseas, even outlet pon ada online shopping. sebab kedai bukak from 9am to 5pm. pulul 5pm pun dah macam maghrib. so, dieorang memang praktikkan online shopping supaya senang nak beli barang. plus, masa winter susah nak keluar.













*photo credited to ymf. dia pakai memang la tak singkat, sbb dia pendek. saya tinggi lampai*




******

saya dah lapar.

nak makan!


19 June 2009

Oh! Hari bapa

saya pergi ke Jaya Jusco kelmarin bersama adik tiri saya. selepas mendapatkan tiket wayang, saya duduk di bangku berhadapan dengan baskin robbins. alangkah enaknya kalau dapat makan ice cream ni. *tapi saya on diet* oh tidak! lantas saya alihkan pandangan ke arah wobbler yang di tampal di sekitar ruang legar tersebut.


berprintkan "Happy father's day"


saya : eh bila father's day ni Mr F (adik saya) ?

Mr F : manalah aku tau

saya : ada wish dekat ayah ke?

Mr F : dia pakai number phone yang mana pun aku tak tau

saya : ehhh, dia pakai yang 5555 tu lah. tak try call ke? lupa pulak nak father's day! rasanya ayah terasa tak kita tak wish?

Mr F : dia nak terasa buat apa. every year pun bukan kita wish. yang kau ni mimpi ke apa?

saya : taklah..terpandang wobbler atas tu...........





kenapa saya mula jadi sensitive ni? sedangkan sebelum ni saya tak pernah ambil tahu tentang father's day atau hari jadi bapa saya. mungkin kerana revenge kerna dia juga jarang mengambil tahu tentang anak-anaknya? tapi, selalu orang kata "macam mana pun dia tetap ayah kau". tapi, banyak konflik jiwa berlaku, dari kecil sampai besar.


umur semakin meningkat, saya dah jadi semakin matang. tahu membezakan mana baik dan mana buruk. dulu mungkin saya jawab saya tiada ayah bila orang tanya. tapi sekarang saya kata ayah berpisah dengan emak. tapi apa yang berlaku sepanjang 2* tahun saya hidup, saya bersyukur ke hadrat-Nya. saya bisa jadi seorang yang independent dan tegas. saya menjadi seorang yang berdedikasi dan tak mahu menyusahkan orang.

selagi mampu saya berusaha mendapatkan sesuatu, saya akan cuba sehabis boleh. walaupun kadang-kadang saya juga mengeluh, biasalah saya pun manusia biasa juga. ada jatuh dan naik. saya mudah rasa sunyi dan sangat rebellious. itu keburukkan yang memang saya akui.

saya harap nanti bila saya dah berkeluarga, saya nak keluarga bahagia. Insya-Allah.


ada juga persoalan yang selalu bermain di otak fikiran saya ni ;


saya nak tanya ayah saya, ayah sayang saya tak? kalau ayah sakit, ayah nak suruh saya jaga? sebulan ayah nak suruh saya bagi ayah berapa ringgit? kalau saya tak mampu macam mana ayah? ayah pernah marah saya tak pernah panggil ayah "ayah"?


errr..bila sebenarnya hari bapa?

Saya Orang Baru

saya orang baru berblogging. walaupun pernah cuba sebelum ni. tapi asyik terkandas. saya rasa kali ni saya mesti berjaya. semakin cintakan blog. muah.


dah lama tak main tag. try sekali. saya "curik" ni dari Cik Belle. awak jangan marah ye. saya upah coco jelly nanti :)





Bekas kekasih saya:
seorang animator dan pelukis yang berbakat. kagum dengan anugerah Allah s.w.t beri pada dia. sebab kalau saya lukis kapal terbang mungkin jadi keretapi?



Saya sedang mendengar:
koleksi lagu dewa 19 saya. risalah cinta.



Mungkin saya patut:
mandi sekarang. sebab saya rasa bau dah macam kari basi.



Saya suka:
membaca. tapi itu pun ikut mood.



Sahabat-sahabat baik saya:
saya malas bersahabat baik. al-maklumlah perempuan ni susah nak dipercayai. kepochi sangat.



Saya tak paham:
kenapa saya masih tinggal di Malaysia sekarang.



Saya kehilangan:
duit RM55 sebab saya beli kasut. menyesal pulak, sebab saya sendiri tengah takde duit.



Ramai yang berkata:
saya ni cantik, tapi kalau kurus. tak boleh ke terima saya seadanya? bosan betul.



Makna nama saya:
ketenteraman.



Cinta itu adalah:
misteri.



Di suatu tempat, seseorang sedang:
terkejut, apa maksud perempuan dot dot dot ni?



Saya akan cuba:
tidur selepas ini walaupun saya tau sekarang dah pukul 11.30am. *belum tidur dari semalam lagi*



Ayat SELAMANYA membawa maksud:
aku milikmu wahai PenciptaKu.



Telefon bimbit saya:
ada 556 inbox dan 601 sent items



Bila saya terjaga dari tidur:
saya rasa macam nak makan cencaluk dengan ikan goreng.



Saya paling meluat apabila:
orang lelaki yang suka cakap besar.



Pesta atau Parti adalah:
masa untuk bersuka ria. cliche betul jawapan saya.



Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
saya suka dengan kucing. tapi saya takut nak pegang. *takut kena cakar*



Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
waktu belajar dekat Uni dulu. rindu dengan kawan-kawan sebantal.



Hari ini:
saya rasa saya kena makan rojak kassim. sebab semalam saya beli mak saya pergi sebat sampai habis. dah lah rojak sotong pulak tu. aduh!



Saya betul-betul inginkan:
sebuah rumah. tour europe.



Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini:
kenapa ada jerawat atas dahi ni. rimas.



Makanan segera adalah:
menggemukkan. tapi makan jugak. sebab nak segera.



Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
nanti telefon balik. mak saya dah bangun.



.
Siapa yang anda nak Tag?
kalau saya tag rasanya dia tau tak?

Jerawat di dahi

lepas tulis entry encik crush semalam, mau bersiap-siap blow rambut. masa pakai toner tak nampak pun jerawat batu dekat dahi ni. lepas sarung contact lens & pakai moisturiser barulah perasan jerawat batu dekat dahi. aduh tensi! apa taknya tumbuh sebelah kiri, memang belahan rambut depan saya belah kiri. so, bila nak selak-selak rambut depan tunjuk ayu pun payah.

lupakan tentang rambut & jerawat. apa yang saya nak share, adakah perempuan atau lelaki yang concious tentang kecantikkan dan kerapian penampilan?

bagi pendapat saya, lelaki zaman sekarang tidak seperti dahulu lagi. well, for metrosexual guy they prefer to looks good in front of a public. saya salute dengan lelaki yang menjadi rapi penampilan mereka dan nampak kemas. saya rasa sangat tidak suka dengan lelaki yang keluar dengan baju yang bau kepam sebab malam tadi basuh jemur dalam bilik kasi kering. mungkin ada sesetengah dari mereka pakai selipar jepun dan jeans koyak-koyak tapi nampak smart dan wangi. lelaki sekarang dah pandai pergi facial, pedicure & manicure.

untuk jadi kemas tak semestinya kena pergi spa and such. praktikkan sendiri dekat rumah pun dah cukup. luangkan masa during weekends untuk pamphered diri anda. pakai scrub, mask dan minyak cenceman untuk rambut. it doesn't cost u a lot pun, so janganlah ingat nak menjaga kecantikkan ni guna duit yang banyak. guna produk tradisional macam bedak sejuk, mask telur dan scrub bunga rambai (ada jual dekat mydin, satu packet Rm3.80) pun dah cukup! senang kan :)

18 June 2009

Lelaki annoying

sepanjang tahun 2009 ni banyak jugak saya jugak berkenalan dengan lelaki. tapi satu pun tak rasa sesuai untuk dijadikan teman lelaki. mungkin sebab saya memilih? atau pun mungkin lelaki itu yang buat saya rasa annoying? mungkinlah kot.


Mr N
ni lagi sorang lelaki yang dah berumur tapi masih tak ada fixed income. saya rasa umur-umur senja nak masuk 30-an ni patut dah ada pangkat tinggi. tak pun paling busuk bulan-bulan mesti dah ada RM5000 dalam tangan.

katanya birthday dia dah dekat? so, saya pedulik apa. pernah pulak saya ingat tarikh birthday orang melainkan orang yang saya sangat sayang. hari-hari dia beritahu saya wishlist dia sampai saya naik muak dan nak muntah. apa dia ingat saya nak belikan dia hadiah untuk dia? oh sorry la, perempuan lain mungkin termakan la kata-kata manis awak tu. tapi anda spot wrong person. mungkin boleh cuba lain kali Mr N?

Mr S
yang ini pulak sama kes jugak. umur dah lanjut tak mempunyai pekerjaan tetap. ish! mungkin nasib saya jumpa orang macam ni kot? dia ni sangat obsses dengan saya. apa yang saya buat dia cakap baik dan elok. tak thrill langsung.

bila call, topic-topic yang dibincangkan semua tak memberansangkan. macam buang masa pulak cakap telefon mcm tu. contoh "awak suka lelaki macam mana?","awak suka tak lelaki bla bla bla?". aduh! soalan macam budak umur 16 tahun nak bercinta. awal-awal lagi saya dah reject. sorry Mr S. mungkin awak call lagi, saya angkat telefon tapi saya layan tak ikhlas tau.

Mr F
katanya ada kerjaya, kaya dan succesfull. tapi tak nak commitment. muka suam-suam kuku. tapi saya kurang yakin kalau dia hanya bercerita sahaja tentang ke-succesfull-lan dia tu. saya perlukan bukti yang kukuh. tapi saya tak kisahlah, saya bukan nak bercinta dengan dia. sebab dia jenis lelaki miang.

tak nak commitment so boleh lah flirt sana sini. kesian dengan awak ni Mr F. nanti bila semua perempuan sakit hati dengan awak, jadi la bujang terlajak. lagi satu dia ni agak berlagak sikit. geli pun ada. pernah sekali saya borak dengan dia......

Saya : eh kenapa orang buat cerita 17 again? padahal benda tu mustahilkan?

Mr F : oh! i tak nak 17, i nak masa umur i 20. time tu happening and hot.

Saya : kenapa 20? apa yang happening and hot?

Mr F : oh! time tu i enjoy kat oversea, plus ada duit untuk spending.

Saya : oh really? bestnya tapi over spend duit nanti broke pulak.

Mr F : bukan duit tu di buat untuk spend ke?

Saya : mungkin atau tidak. kalau duit tu habis padan muka. ada emergency macam mana.

Mr F : tak lah. duit tu tak habis. (dalam hati saya : banyak sangat kot duit mamat ni mintak handbag LV satu menganga bayar pakai credit card)




1 2 3 mula

kalaulah awak terbaca blog ini, saya mulakan dengan Salam. kenapalah saya ni asyik terpanggil-panggil nak berblog? mungkin sebab trend masa kini atau mungkin ada masa lebih untuk tulis blog. tapi yang kelakarnya, saya ada satu cerita.

teringin nak pakai handphone canggih yang orang duk panggil blackberry. saya pun try lah beli satu, tapi adik beradik kembar blackberry. gayat pulak tgk dalam tu ada application active notes. kononnya semangat nak tulis journal dalam tu. biasalah hangat-hangat tak ayam.

tapi, baru-baru ni saya pun belek la balik application tu mmg la ada post yang saya letak dalam tu hanya dua,tiga. saya postkan balik apa yang saya cerita dalam active notes tu. terbahak-bahak saya gelak baca.

"heehoo..it's been a while i haven't updated anything. now i'm sitting under the tree at the car wash. while waiting for my car, there is one guy sitting next to me. he does looks like policeman sbb wearing blue pants and shining shoe.

he kept on staring at me? rimas gila tau tak. eh why huh? rasa mcm nak pergi dekat mamat tu jerit "Abang tubuh sasa, nak kenalan dengan saya cakap lah. saya tak kisah pun badan abang macam malek noor"

sekali, dia tegur saya "adik, beg duit adik jatuh" errr..alamak dia panggil aku adik? tak jadilah niat nak jerit dekat abang sasa tu. bisik dalam hati* baiknya hati awak ni."

tulah orang kata, don't judge a book by it's cover. so, lepas ni awak-awak semua berwaspadalah. tak semua orang jahat.


. . . . . . . . .

saya ada banyak benda nak share. tapi sambung nantilah.