31 July 2009

No suitable Title

semalam masa makan petang dekat maplair dekat tempat kerja saya, masa mau bayar duit tiba-tiba ada orang panggil "SIAMM!" "SIAMMM!" saya pun toleh la belakang. sebab nick siam tu hanya orang-orang yang terdekat je yang tau.

sekali saya pandang, aduh! LECTURER MIANG yang saya pernah cerita di entry yang lepas. saya bersiap sedia jadi transformers muka plastic. sengih-sengih macam kerang busuk.

saya : ye, cik L buat apa kat sini?

encik L : makan la, buat ape lagi? sapa tu *sambil menunding kawan saya*

saya : kawan saya la cik L, takkan musuh saya.

encik L : awak nak pergi mana ni?

saya : saya kerja kat atas tu

encik L : kirim salam ye dengan kawan awak tu.

saya : yela cik L. saya balik dulu ye

*masa tengah bayar saya dengar dia mengumpat saya dengan kawan-kawan dia, duk menyebut siam..siam..hish! geram sungguh rasa macam nak cabut je bateri dalam jantung dia tu*


lepas makan saya ajak Miss F teman saya bekerja, dia tak habis-habis cerita pasal rumah yang bakal bapak dia beli dekat Sungai Pelek. saya pun tak pernah dengar nama tempat tu. tetiba Miss F kata nak bawak saya pergi tempat tu. saya pun kata, gerak sekarang lah. ponteng je keje ni. malas lah tak ada orang. kami start engine dan terus menuju ke Sepang.

perjalanan yang agak jauh sebab sesat-sesat jugak lah, al maklumlah masing-masing rabun lepas tu nak tunjuk hebat bawak kereta malam-malam. dekat dua jam baru sampai destinasi. rumah tu cantik, kawasan luas. worth it kalau bayar RM250k untuk sebuah bunggalow monopoly dengan kawasan halaman yang sangat luas.

Miss F tak habis-habis cerita pasal rumah dan cakap itulah rumah untuk emak ayah dia duduk nanti. best la jugak at least family dia dah buat family planning. sedih jugak saya rasa sebab, mak & ayah saya tak macam tu. tapi masa Miss F cerita semua saya macam dah tak ada perasaan. jadi anggukkan jer. saya rasa dah imune.

lepas tu, saya ikutkan kehendak Miss F nak tunjuk tempat kahwin idaman dia. Sepang Goldcoast. cantik tempat tu, bali style. tapi saya rasa cost nak kahwin kat situ mesti mahal. tapi tak pe lah dia mampu. dia dah siap berangan dengan saya-saya pun tolong berangan untuk dia. lucky her, semua apa yang dia nak semua dapat. tak payah nak fikir banyak-banyak. cuma dia ada masalah dengan bf dia yang tak appreciate dia.

bukan masalah tak appreciate, kadang-kadang lelaki ni dieorang susah nak diduga. bukan semua
laki boleh berlakon macam Ady Putra atau Farid Kamil. sangat romantic and such. tambah-tambah lagi bf dia tu sejenis yang slumber and rileks. saya dengar lah keluhan hati dia. walhal saya dah rasa apa yang saya rasa 6thn. kadang-kadang benda yang kecik macam tak sms sehari pun boleh jadi issue. as perempuan bukan nak mintak lebih, tapi just nak teman lelaki tu concern pasal kita.

dalam hati sayang memang sayang, tapi mulut cakap benci. tak boleh ke lelaki tu sms or call "Hi sayang! How was your day?" "Awak dah makan ke belum?nak makan dengan saya tak?" walaupun tahu berjauhan, just show that you care and remember your gf. baru lah dieorang rasa di pamphered. orang perempuan ni attention seeker. kalau dah commit pada sorang, maka orang tu lah yang dia sayang and kalau boleh nak tau semua apa yang dia buat. sampai korek idung pun nak tau.

tak boleh nak salahkan perempuan, cuma lelaki tulah, kurang nak concern. mungkin tak semua lelaki macam tu. ada sesetengah mungkin ok. tapi bagi type-type bf Miss F ni, jaga-jaga. jangan bila nasi dah bubur baru nak kunyah. saya cakap thourgh experience. bila hati perempuan dah tertutup, susah nak bukak balik. walaupun hati sayang. tapi, tak nak terima balik atas dasar kesian.

ok habis cerita tu, bukak story kedua pulak.

saya tak tahu lately ni saya takut dengan lelaki. saya jadi phobia lepas apa Mr B buat dekat saya. saya rasa sangat benci. maksud saya lelaki yang nak flirt-flirt ni, setakat kawan-kawan lelaki ni saya tak kisah sangat.

semalam ada seorang mamat add saya dekat facebook. and then bila saya approve, dia terus facebook chat. belum sampai berapa ayat saya reply, saya terus offline. sebab saya malas nak cakap banyak dengan dia. terus dia send message, "kenapa awak offline?" saya terus delete dia dari friend list.

pagi tadi pulak, ada seorang kawan kepada client saya sms saya.

MR Af : Morning

saya : morning

MR af : awal awak bangun

saya : awal ke? lambat lah ni. ni nak check saya semayang subuh ke tak ke

MR af : eh tak lah, saya tak boleh tidur

saya : oh..yeke..

MR af : boleh call?

saya : saya tengah drive. awak cari la mangsa lain k.

terus dia senyap tak reply sms saya. saya sangat paranoid. rasa macam lelaki nak main-mainkan saya je. padahal mungkin niat dia lain. tapi entahlah. saya pun tak tahu. haha!



22 July 2009

Lover's Rhapsody

saya pernah berbicara tentang cinta dengan seseorang, dan dia mempunyai perception yang sama seperti saya.

cinta itu INDAH.

saya begitu menghargai cinta sampaikan takut kehilangan cinta. mungkin sebab saya susah untuk jatuh cinta. sekali dah jatuh, kadang-kadang boleh jadi hamba pada cinta. kerna itu saya begitu berhati-hati dengan cinta yang saya pilih.

cinta itu ABSTRAK. cinta kepada haiwan pun dikatakan perasaan cinta. sama seperti Pablo Picasso, walaupun dikatakan gila, namun hasil kerja nya menampakkan dia cintakan seni sehingga lukisan dia di puja sampai sekarang. bukan senang nak jadi artist ternama ni.

cinta boleh membuatkan kita OBSES. bila dah jadi hamba, secara automatiknya kita akan menjadi obses dengan orang yang kita sayang. saya tak menafikan ini, kerna saya juga akan obsses dengan orang yang saya sayang. setiap detik apa yang dia lakukan mesti saya nak tahu, sebab saya akan jadi risau dan terfikir adakan dia dalam keadaan yang selamat.

manusia memang dijadikan untuk saling sayang menyayangi.

tapi saya kurang faham dengan manusia yang boleh tukar ganti pasangan dengan begitu senang dan mudah? saya teringin nak jadi macam tu. tapi lagi saya cuba, lagi menyampah pulak. saya tak terasa di cintai pun. mungkin kerna nilai cinta tu sangat tinggi bagi saya, jadi saya takda intention untuk mencari sesuatu yang tak pasti.

kenapa kita bercinta?
sebab kita nak ada orang jaga kita, sayang kita, ambil berat pasal kita and at the same time kita boleh rasa sangat bahagia. kalau saya bercinta, semua kerja saya berjalan dengan lancar. saya tak ada masalah nak memikir banyak. sebab saya tau di hujung pangkal lubuk hati kekasih saya, dia mengingati saya sepanjang waktu.

tapi kenapa ada sesetengah manusia suka mengkhianati cinta? saya benci betul orang macam tu. rasa macam nak bunuh. mungkin kerna adanya perasaan tidak pernah puas & bersyukur. saya harap saya dapat tepis perasaan itu. sebab saya semakin dewasa dan matang. AMIN.


***Takutnye kalau dapat cinta dari boya boya & lelaki busuk! euw.

Nak nyanyi sambil bisik-bisik dengan Cinta :

I miss your face & i miss your perfume.
I miss the way u talk & I miss the way u smile
I miss the smell of your skin
I miss the smell of your breath
I miss the way u touch me
I miss the way u kiss
and i miss everything In you
I DO!





Dari mata turun ke hati

**mataku yang menawan kalbu. haha!**


percaya ke kalau orang kata mata tu memikat?


nak try la sekali duduk tepi shopping complex kenyit-kenyit mata.
sebenarnya saya tengah bosan! badan dah exhausted sangat.
nak tidur pun tak boleh.
otak duk ligat putar fikir esok nak buat apa.
so mata please pejam, tuan punya diri banyak kerja esok nak settle!
sayang dia.


tapi betul ke mata tu boleh memikat??
ada orang terpikat dengan mata ke??
boleh turun sampai hati ke??






20 July 2009

Hancing Kuasa Dua

saya terbaca post "kencing dol hancing" dari blog belle. it's interesting story, sebab as perempuan yang duduk area urban, suka tengok lelaki yang kategori MAT SMART & WANGI ni. biasalah, dah nampak smart mesti lah konon-kononnya berduit. walhal, dalam poket cukup-cukup makan je.

tapi memang tak dinafikan saya sebagai perempuan kadang-kadang tertipu jugak dengan MAT SMART ni. almaklumlah, dah la smart wangi pulak tu. tapi takda lah tertipu sampai kena beli insurans dia jual. haha! setakat bawak teman makan tu mungkin.

biasalah, perempuan bila sampai otak senget dia, boleh puja-puja mamat yang disukai tu. tak boleh salahkan MAT SMART tu 100% memang tugas dia memerlukan dia marketkan product dia dan mungkin dia mencari mangsa perempuan sebab dia mungkin sedar kelebihan dia tang mengayat perempuan, dan kelemahan perempuan pulak pantang bila di ayat.

so, itu satu advantage untuk dia. maka wahai wanita-wanita di luar sana. berhati-hati. jangan nanti makan hati berulam jantung pulak bila kena pow dengan mat smart ni. alih-alih nanti duit shopping kamu, habis kena kebas dengan so called MAT SMART ni.

tapi sebenarnya saya kurang selesa kalau keluar dengan lelaki yang berpakaian jenama up to toe ni. saya bayangkan saya kena act like a princess depan mereka. saya lebih prefer simple guy with brain.


**kerja banyak!!!!



16 July 2009

Hello Thursday

everything going smooth today. pergi class as usual and hantar proposal for my thesis and guess what i didn't bring my soft copy or any hard copy. sangat rileks. nasib baik lecturer tu dah kenal dengan perangai saya yang sangat lousy dengan subject-subject yang dia ajar. saya tak pernah dapat A untuk subject yang dia ajar. sebab dia sangat bosan lalu saya terus hilang minat untuk belajar dengan dia. tapi don't play play, dia tu sangat banyak knowledge dalam buat research. saya salute!

lepas habis proceed saya tunggu untuk kelas yang seterusnya, ada gap dalam sejam. saya, Miss -Emily dan Miss Ella lepak lah dekat cafe. sedap woo cuci mata dekat cafe, banyak lelaki-lelaki bujang yang wangi dan hensem. masa tengah cuci mata Miss Ella kata pasal sorang lecture yang sangat mesra dengan pelajar, nama dia Mama. saya pun curious nak tengok muka Mama, saya ter-intai-intai lah ke meja sebelah. suddenly, bluuuppp! (sound effect hati kecut) muncul muka mamat berspec mata depan muka saya. sebab meja sebelah saya kosong.

dalam hati saya dah sumpah seranah dah, bukan nak bagi salam ke tanya ada orang ke yang duduk sebelah. ni main duduk. no manners! saya pun abaikan mamat yang duduk sebelah saya dan sambung intai mama, tapi malangnya banyak sangat lautan manusia lalu saya pun sambung bergossip dengan Miss Emily dan Miss Ella. suddenly u know, very the mak ayam minah ni boleh bantai duduk macam tu je pulak depan saya. pastu buat macam meja sendiri, sangat kepochi pot pet dengan kawan meja sebelah saya. sampai terganggung semua gossip-gossip saya. lepastu saya pun ajak kawan saya smoking di tangga belakang.

selepas menghabiskan seputung rokok, saya dah start sakit dada. actually dah dekat 3,4 bulan macam ni. dia akan kadang-kadang terasa. especially time nak tidur malam. macam mengalami kesukaran bernafas. tapi saya ignore sedap katil saya sangat sedap untuk tidur. and past few days ni saya agak busy tak terlayan sangat sakit dada ni.

after habis class, balik rumah dan bersiap untuk ke gym. berbasikal sambil nonton Manjalara. kenapa kalau drama series mesti potray jalan cerita kehidupan orang lain yang bagus-bagus je? kenapa saya yang berbadan besar ni tak pernah pun nak jadi macam Manjalara? ada jugak la orang nak suka dekat dia. haha! dan dialogue penuh dengan sayang-sayang. ah rimas!





14 July 2009

Lecturer Miang

hari ni second class yang saya attend setelah seminggu saya ponteng. hari class Encik L, dia ni pernah ajar saya marketing communication masa saya part 2, masa zaman part tu saya rajin la melawa pegi class. alah, biasalah alasan cliche. budak Masscom kena lah pakai cun-cun pegi class. walhal saya rasa macam nak patah kaki pakai heels pegi class.

Encik L ni memang dah well known dekat faculty tu dengan kegatalan dia. masalah saya ni pulak saya memang suka duduk depan waktu class sebab nak record lecture yang lecturer bagi. *saya tau benda tu haram, tapi apa guna technology* kadang-kadang pergi class ada la jugak pakai baju yang sexy-sexy pegi class. mata diaaaaaa! mak aih bukan main lagi.

tapi kadang-kadang saya suka jugak ambil kesempatan, sebab saya suka suruh mintak cop dia untuk approvekan surat-surat saya. ada one time tu dekat cafe, dia ajak saya minum. then borak lah macam biasa, then dia boleh sound saya. "Putihnya dada awak ni," sambil mata dia slumber pandang bawah. tapi saya admit lah, baju saya memang tak menepati tatasusila sebagai student pun, sebab saya baru balik dari tempat lain masa tu.

start dari situ, dia memang kenal saya sampai la sekarang ni saya kena sambung syllabus kedua dengan dia sales promotion. bagus jugakkan? tak payah saya nak mengexposekan diri saya lagi. tapi dah part tua-tua ni saya lebih rileks pegi class. tak sexy-sexy dah. almaklumlah dah berumur sikit, nak pakai heels pun dah tak larat.

lepas class, saya and kak S pergi minum dengan Encik L. mostly topic yang dia bincangkan semua pasal perempuan. dia memang suka ajak pergi dangdut lah, karaoke. sampai melampau-lampau nak ajak pergi holiday. tapi saya anggap tu hanya satu gurauan, sebab dah tau dia sememangnya gatal.

and saya pun tanya jugak pasal background family dia. walaupun dia kahwin dua, tapi dia still willing buying a house untuk bini first dia dan he's seorang yang sangat bertanggungjawab. saya salute dengan dia.

so dekat dua jam jugaklah lepak dan borak-borak. tapi at the same time dapat jugak saya meletakkan diri in his shoe dan merasakan macam mana orang yang macam tu punya lifestyle. btw, anak dia Dyla the most beautiful women tu dah dapat pergi Hollywood. congrats to her. minah tu sangat sophisticated. saya suka attitude dan cara pembawakkan diri dia.


****saya penat sangat hari ni, rasa nak demam sebab kena hujan. tapi saya dah telan panadol 2 bijik :(

Product Life Cycle

class dah start, saya dah kembali ke mode student semula setelah puas bercuti lenggang kangkung membersarkan bontot dan perut selama sebulan lebih. first class yang saya masuk setelah seminggu class bermula ialah Advertising Campaign.

topic yang menarik minat saya adalah Product Life Cycle (PLC) apa sebenarnya PLC ni?

ia ada empat peringkat, iaitu :

1. Market Introduction Stage
2. Growth Stage
3. Mature Stage
4. Decline Stage


saya terus bagi contoh supaya paham dengan lebih senang. saya mengeluarkan product ice cream vanilla untuk diperkenalkan di pasaran. saya menggunakan advertising untuk mengintroducekan dekat pasaran. itu dipanggil Introduction Stage. Growth stage pula bila orang mula hangat memperkatakan tentang product saya dan membelinya selepas di advertisekan. sampai di Mature Stage, product anda dah dikenali and people already aware pasal product kamu dan orang akan membeli atau tidak membelinya mungkin kerana terlupa. disini anda perlulah menggunakan advertising untuk mengigatkan consumer supaya aware pasal product awak. dan Decline Stage pulak, bila product tersebut dah tak laku atau tiada dalam pasaran.


tapi sebenarnya masa lecture saya berangan jauh. saya terbayang bila manusia sendiri yang menghadapi PLC ni. agak kelakar jugak lah kerna saya membayangkan TIGA JANDA PINGITAN. janda yang mati suaminya ok! mereka adalah jiran saya, iaitu Aunty Jem, Cik Timah & makcik Mah.

kenapa saya kaitkan topic ni dengan 3 Janda Pingitan ni sebab, saya terbayang masa dieorang muda-muda hot belaka. time tulah nak di Introducekan dekat market. nak mula-mula pakai lipstick cari jodoh. masa zaman-zaman dieorang masih pakai spec besar dan seluar bell bottom. mesti sangat hot dan stylo.

lepas tu bila dah growth stage, jejaka idaman masing-masing masuk minang. dan maka berkawin lah mereka dan duduk di Lorong Jalan Tiung ni. dapat lah anak-anak dan mengembang zuriat.

time Mature pula bila menghadapi keadaan yang mereka dah jadi janda bila kematian suami masing-masing. dan dapat duit pampasan dari EPF atau Socso. mulalah mereka membeli barang-barang kemas dan melawakan diri mereka. bukan sebab nak mengorat ke apa. tapi hanya untuk self satisfaction. anak-anak semua dah besar. apa lagi nak buat.


dah decline stage tu paham-paham ajalah.

saya masih di introduction stage. belum nak sampai second stage lagi. haha! nasib baik saya belum ada hati nak pakai bell bottom lagi.

***Dalam kelas berangan syok woo..dah la aircond class tu sejuk! boleh nak tertidur-tidur



09 July 2009

Good friend of Mine

i just came back from watching movie, cerita obsessed. psycho maniac sungguh perempuan tu, sampai sanggup buat apa saja untuk lelaki tu. while watching movie lots of sms and call coming in. and the most happiest sms i got from my best friend dia dah dapat kerja. she's smart and very talented. i'm supprised but at the same time jelous jugak sebab im still jobless. phew! am so proud of her.

actually we're neighbours je, rumah dia belakang rumah saya. tapi saya kenal dia masa umur 15thn. sebelum ni just tegur-tegur macam tu sebab dia ada click lain whereby saya still hangout dengan jantan sebab saya dulu tomboy. haha!

masa awal perkenalan tu, time kiteorang nak ponteng kelas with few others, which is MissF and MrAD. sebab time tu class Datin M, kiteorang malas nak belajar matematik. saya decided untuk duduk dibelakang dan melabuhkan tirai. tapi, tiba-tiba MissM (kawan saya) tanya ada orang tak sebelah sebab time tu saya memang duduk sorang-sorang.

then saya katalah, saya tak suka class ni. kiteorang pon apa lagi keluar ikut pintu belakang and terus pergi breakfast dekat gerai *dekat sekolah saya ada gerai, famous dengan nasi lemak kat situ* kiteorang pon lepak la sampai rasa-rasa dah secukup rasa.

then sambung masuk class and belajar macam biasa. starting from tu, saya, MissM & MissF baik. time tu click kiteorang ada 3 orang je, berkepit la kesana sini sama-sama. time tu masing-masing single so boleh lah berkepit selalu. and we had great time together masa sekolah. memang click paling nakal lah. hari-hari pakai baju PJ (pendidikan jasmani) sebab nanti senang nak lompat pagar besi nak balik rumah.

tapi senakal-nakal kiteorang, tak pernah buat jahat macam nak berjudi or isap dadah ke. paling jahat pun isap rokok belakang surau, and kalau nak FLY (ponteng*dulu famous k istilah ni*) pun kiteorang balik rumah and tidur. sebab malamnye overnite main MIRC. haha! dulu kan famous dengan MIRC, masuk chanel sekolah lepas tu main berkenalan-berkelanan.

ada one time tu, saya penah teman MissM lari rumah. biasalah zaman remaja-remaja nak tunjuk kepala belang masing-masing. punyalah berani time tu, saya boleh cakap dengan pakcik saya nak pergi kiamulai (saya tak tahu ejaan dia!) and that time mak saya pergi Thailand. pakcik saya pun percaya dengan kata dusta saya and hantar saya dekat sekolah. then, MissM pegi tibai kereta bf dia kiteorang pon ape lagi, time ni la nak explore KL. dah la lesen tak ada, berani sungguh time tu nak bawak kereta. lepas tu, boleh kena tahan dengan polis! sebab nak test alchohol. agaknya pakcik tu ingat saya cina jinjang baru balik disko kot. saya pun apa lagi keluar la loghat kelantan. nasib baik lepas. then kiteorang cari tempat tidur yang gelap and tersorok semata-mata sebab takut langkah kami di jejak. haha!


tula pengalaman masa muda-mudi. hish. darah muda kan, baik buruk semua tak fikir. tapi Thank God kami dah jadi orang yang berguna sekarang.


well, there's lots of story that we share together till now. tapi kiteorang jenis bukan yang terlalu rapat dan mesti berkepit 24/7, sebab saya rasa masing-masing mesti ada agenda masing-masin kan. so if we got free time kiteorang akan hangout together and have chit chat tentang story masing-masing.

Congrats MissM dapat kerja dekat Jones Lang Wootton! boleh la kumpul duit cepat-cepat and kahwin. tak sabar nak makan nasik minyak dah ni.


hopefully our friendship will last forever because i do love u guys so much :)


P/S : to Mr KUKUN, am not pasrah ok. i'm having a blast watching movie all alone so that i can feeeeeeel the storyline.

06 July 2009

Sunday-ing 6th JULY 2009

phew. saya tercari-cari mood nak mengupdate blog. nasib baik dah jumpa setelah menghabiskan 2 putung rokok dalam toilet akhirnya saya dapat jugak ilham. bertemankan lampu kalimantang dan bunyi kipas capuk saya dalam bilik saya rasa saya nak cerita apa aktiviti yang saya buat hari ni. rasanya untuk hari ini saya nak tambah jadi 28jam supaya saya dapat memenuhi aktiviti harian.

saya bangun agak lewat jam 10am. itupun lepas dapat call dari client yang LELAKI leceh tu. dia suka call saya kejut pagi-pagi pastu nak suruh saya concerntrate dengar dia punya amendments. bangang betul mamat tu. pendek cerita suka buat saya panic di pagi hari lah. walhal, dia dengar kot saya baru bangun tidur. ok lah fine. saya cakap saya tak ada depan computer and will call him after saya dah bukak lappy, then saya bantai la tidur balik. hello! ni sunday mehh, hari saya nak berehat.

lepas saya sambung balik tidur, emak saya pulak membebel ajak pergi kenduri. aduh! kalau mak saya dah membebel tu baik saya bangun dulu sebelum ada apa-apa yang terpelanting atas katil saya. dengan malas-malas saya pun bangun la, as usual mesti lah duduk termenung atas katil dulu. duduk punya duduk, mak saya jerit suruh saya mandi and bersiap untuk pergi kenduri. saya pun bersiaplah pakai baju kurung and make up. then yang tak tahannya mak saya ni entah mimpi apa, pakai leggings and blouse nak pegi kenduri. then masuk bilik...dia tanya


mak : cantik tak kalau mak pakai macam ni

saya : mak ni biar betul

(then dia masuk balik bilik dia lepas pow eyeliner and lipstick saya..lepas tu datang balik)

mak : kalau pakai dengan belt warna ni ok?

saya : aduh mak. no comment la *nak cakap buruk kang majuk plak, langsung tak jadi pegi kenduri lak..dah la tengah lapar ni* mak tak ada jeans ke? pakai dengan jeans la..lenggings tu macam tak kena.

mak : ok la, mak tukar
( then dia datang balik dengan kening dia yang dia salah brush and pakai seluar jeans)

saya : hahahaha. mak tolong la alter kening tu, kelakaaaaaar..kali ni saya cakap yang benar malas nak tipu lagi nanti dia melalut lagi

mak : tula mak rasa pun macam ape tah..dah siap nanti turun bawah terus..

saya : ok! lepas sembur perfume saya pun turun la

lepas bersiap, saya dengan mak pun pergi kenduri. nak dipendekkan cerita, jiran saya ni (lelaki) dah umur 32tahun. baru nak nikah, but actually its normal age for guys to get married. sebelum ni, dia bercinta dengan seorang gadis cina. lama dia couple dengan minah tu, rasanya 8 tahun kot. but, mak lelaki ni tak suka anak dia kahwin dengan cina tu. tapi memang lelaki ni ada masalah dengan gadis cina tu, saya tak tahu la kenapa. then, dia pon berkenalan dengan minah yang dia kahwin ni. baru kenal tak sampai setahun terus nikah. mak saya siap sound saya, lain kali tak payah nak bercinta lama-lama tengok dia tu. kan senang terus kahwin je, kenal bulan 8 tahun lepas. ni terus kahwin. kan sweet gitu. dalam hati saya, mak ni dah start la ni nak bebel ni. kena tebalkan telinga.

Teeeettttt.. sms diterima

Miss A : mlm ni pukul berapa?

saya : 6.30pm k. datang rumah

Miss A : ok..see u

saya ada plan baik pnya, mau pergi KL Music festival dekat Hard Rock. ada kawan from koir kebangsaan perfom. padahal benda tu start at 11pm. punyalah semangat 6.30pm dah keluar rumah! lawakkk. bayangkan lah berapa jam tunggu. namun saya enjoy lepak dengan kawan-kawan.

masa dalam hard rock tunggu performance, saya asyik terpandang production team. nampak kerja dieorang macam senang tapi sebenarnya payah. then after few minutes, kumpulan koir keluar untuk buat persembahan for 30mins and the perfomance was superb! kudos to them. saya sempat capture beberapa gambar mereka. it's new style of koir. sangat best. serious saya tak tipu. banyak lagu yang dieorang nyanyi. sebenarnya dulu saya pon penah join koir. and saya group Alto's. sebab tu saya suka tengok dieorang punya peformance but the audience pun enjoy jugak. i love it. rugi sapa tak pergi.


****Masa saya lepak dengan kawan jam 7.10pm Mr B sms saya "selamat berbuka" auw. so sweet. dia ingat saya puasa kot. padahal saya dah melantak macam nak mampus. ***








kaki


Meet uncle hussein




kumpulan koir kebangsaan



kumpulan koir kebangsaan



05 July 2009

Busy Busy Busy

heh. busy la sangat. past few days, saya banyak mengalami tekanan mental. dari masalah peribadi ke masalah yang tidak lah berapa peribadi sangat. saya tak dapat menganalisa apa yang saya nak tulis dalam blog so saya tak dapat nak update apa-apa. tapi hari saya sangat senang hati dan telah mengubati tension saya dengan SHOPPING!

guess what, i bought everything from top to toe. hell yeah. walaupun sebelum keluar bershopping saya telah cek account maybank saya bahawa saya tengah tak ada duit, tapi saya gagahkan jugak keluar jalan-jalan. sepanjang holiday saya, habis jugaklah beribu-ribu tanpa saya sedar.

saya ingat nak ajak sape-sape teman. tapi fikir balik lecehlah. so saya keluar lah sorang-sorang. seronok jugak, rasanya lepas ni mesti saya akan keluar sorang-sorang lagi sebab orang yang selalu nak teman saya dah buang saya jauh-jauh :) well u know who kan! *Mr SM-yes! percaya ok saya memang akan keluar sorang-sorang, i rather be loner than double*

past few days ni sebenarnya saya macam hilang ingatan nak cerita balik. saya tak tau laa apa saya dah buat. tapi banyak perkara yang menyedihkan, saya malas nak cerita sebab it's too personal for me. tapi muka saya nampak happy je! sebab saya dah malas nak fikir. actually saya ni jenis suka lari dari masalah. sometimes bahaya jugak macam tu, but sometimes i need to. malas nak serabutkan kepala otak ni. nanti simpang siuh rambut saya. haha!


SEBENARNYA SAYA TAK ADA MOOODDDDD !!!!!

01 July 2009

Cinta

terbangun awal hari ni, padahal am on holiday. supposedly bangun lewat. entah mungkin tak boleh tidur sebab mimpi ngeri tadi. sebenarnya jiwa tak tenteram sekarang, tidur pon ala kadar. tak tau lah apa yang saya fikir. pelik kan, sendiri pun tak tau apa masalah yang dihadapi. sigh!

pernah tak awak rasa sunyi. maksud saya, u have friends. a lot of friends. tapi still yet u feel lonely. i do hang out with friend most of the time. patutnya saya tak ada rasa sunyi. urm entah. kelakar pulak post kali ni. saya tak pernah nak tulis benda yang serious sangat. but this time rasa macam nak jadi serious pulak. there is a few cerita yang saya nak share. its about love!


First story.

saya dapat call from mak angkat saya mintak tolong carikkan rumah anak dia dekat tropicana damansara. *what the heck? mak sendiri tak tahu anak duduk dekat mana?*
saya jenis can't say no bila orang mintak tolong. saya terpaksa cancel all my appointment and bawaklah aunty milah (bukan nama sebenar) pergi damansara. all the way kami cerita semua pasal hal anak dia & her family. pity her. saya kesian sangat dengan aunty milah. at the same time saya rasa sangat bersyukur, walaupun my mom is single mother & saya ni di kira nakal jugak tapi saya rasa bahagia. tak pernah rasa nak buat mak saya macam tu.

nak dijadikan cerita, aunty milah ada 3 orang anak. yang first, baru habis study medic and tengah sibuk bercinta dengan seorang penyanyi club yang konon-kononya dah ada satu single yang nak famous. dia ni pandai, and patutnya nak fly pergi United Kingdom persue her degree, tapi dia cancel sebab takut sangat nak tinggal kekasih hati dia yang jobless tu. aduh! kenapa la bengap sangat dia ni.

anak kedua dia lelaki, dia ni dah habis belajar dan sekarang jadi pilot. gaji dah belas-belas ribu dah ada rumah, pakai kereta RX8. mamat ni la yang aunty milah nak stalk. MAS call mak dia, katanya dia dah 4 hari tak pergi keja, katanya sakit. and MAS informed yang dia memang ada masalah displin dan dia pernah miss flight. saya pun tak tahu kenapa jadi macam tu.

saya pun bawak aunty milah pergi kondo rumah kediaman anak dia, then saya tak lah nak ikut dia naik atas. kang tak pasal-pasal anak dia kata saya sibuk pulak. saya pun tunggulah kat bawah. agak lama aunty milah naik atas, saya ingat dia jumpa anak dia. rupanya anak dia tak ada kat rumah, masa dia nak masuk kereta saya dia mengeluh. "aunty tak jumpa kereta dia, mungkin dia memang tak ada kat rumah. betullah kata saudara dia yang dia pergi holiday mana-mana".

saya suruh aunty milah sabar, banyakkan isgtifar. mungkin anak dia ada problem lain yang kita tak tahukan. biasalah anak-anak muda ni, macam-macam kerenah. then on the way balik, aunty milah cerita yang anak dia kena bayar RM300,000 kalau dia dapat amaran ketiga & masih buat perangai. mana la aunty nak cekau duit banyak tu. dah la gerento yang jamin pinjaman dia tu saudara aunty, apa kata dieorang nanti. aunty risau sangat.

saya nampak muka aunty milah sedih sangat. sebak hati saya, baru saya realize ibu ni kadang-kadang tegas & marah-marah kita sebab dia sayangkan kita. dia nak kita hidup senang kelak. bukan sengaja nak marah. saya pun try nasihatkan aunty milah supaya jgn risau sangat, nanti takut sakit. "aunty sabar ok..mungkin sipolan tu ada, cuma dia stress kerja mungkin..aunty jgn fikir macam-macam takut aunty jatuh sakit pulak."

then saya bawak aunty milah lunch dekat kelana jaya. lepas siap-siap makan, saya dengan aunty milah pun bergerak balik. on the way balik, dia cakap mak saya bertuah sebab dapat anak macam saya. walaupun nakal-nakal, tapi tau fikir mana yang baik mana yang buruk. and dia percaya yang saya akan jadi seorang yang successful one day. *AMIN* saya diam tak kata apa-apa. sebab suasana sangat tegang.

dan pagi tadi saya dapat sms dari aunty milah lagi, "thanks for helping me, boleh tolong cari ***** tak? dia dah tak balik 3 hari. ada di area hartamas. aunty risau"

aduh, aunty milah! kali ni saya memang betul-betul tak dapat nak tolong. bukan sebab saya selfish tapi saya ada kerja saya yang lain kena buat. kenapa anak-anak dia ni tak fikir perasaan emak dia. sejahat-jahat & nakal saya, saya tak pernah tak balik rumah sampai 3 hari. sebab saya tau fikir limit saya. walau lewat mana pun saya kena balik rumah jugak & akan angkat phone call mak saya. walaupun dia membebel, saya tau dia mesti risau kalau tak angkat phone. saya pun perempuan. ada naluri sebagai ibu jugak. so saya tak nak nanti anak saya buat macam ni dekat saya. it's karma. so saya kena explain kenapa saya balik lewat and such. kadang-kadang bukan kita sengaja kan?


aunty milah owned kedai, buat kuih tradisional macam kuih bakar, seri muka, kuih lapis, kuih talam ubi, bingka dan macam-macam lagi. saya pernah kerja part time dengan dia buat kuih. dia nampak talent saya buat kuih, sampai dia nak suruh saya ambil alih kedai dia sebab ketiga-tiga anak dia semua tak minat nak jaga kedai tu. tapi, aunty milah bukanlah saudara rapat saya dan takkan saya nak buat macam tu nanti apa pulak kata saudara belah dia. lagipun saya tak minat nak run kedai macam tu. walaupun saya tau untung dia banyak sebab saya ada buat account untuk aunty milah.

ok balik kepada cerita, kenapa anak-anak dia jadi macam tu? saya ada tanya pandangan mak saya tentang cerita aunty milah. ni semua sebab mereka jadi ego, bila dah pegang duit sendiri. bekas suami aunty milah bagi duit belanja dekat anak perempuan pertama dia direct to her, bila dah pegang duit sendiri so senang lah kan nak enjoy. and the second one pulak gaji dah banyak, nak pergi enjoy pun bila-bila masa boleh. kalau orang yang tau cari duit susah-susah nak berbelanja pun fikir dua tiga kali.

aunty milah pun dah bercerai dengan husband dia, and her husband pilot jugak. tapi husband dia still bagi nafkah untuk anak-anak lagi. mungkin lagi satu, aunty milah ni terlalu push sangat anak dia untuk jadi berjaya. mungkin anak dia pun stress jugak. sepatutnya, aunty milah kena slow talk dengan anak dia. apa jalan yang dieorang nak pilih, so bila kita buat apa yang kita minat jadi tak ada masalah. macam saya dulu, saya dah pilih jalan yang salah. saya bincang dengan mak saya apa saya nak buat, then saya pilih jalan yang saya rasa boleh buat. and alhamdulillah. saya berjaya.

sebenarnya, kasih sayang ibu ni tiada tolok bandingannya. apa yang dia nak dan cakap tu itulah yang terbaik untuk kita. sapa yang nak tengok anak sendiri kecundang. ibu bukan nak sangat duit kita bila dah kerja besar, pakai kereta besar. dieorang hanya nak tengok anak dia berjaya dalam hidup dan tak ada banyak masalah. tapi sebagai anak, kita perlu tahu tanggungjawab kita. even dalam poket ada RM10 pun, bagi dekat emak RM1 pun dah dikira ok. itu menandakan kita ingat dan sayang emak kita. duit tu tak boleh nak ukur kasih sayang yang mak beri pada kita sebenarnya. hanya doa dan kasih sayang yang kita balas balik dekat mak kita itu sudah cukup baik.

sigh!

Second story

currently saya addicted dengar lagu TBK - bukannya aku takut. saya pun tak tahu kenapa. lyric and music dia simple dan senang nak paham kot. haha!


"ku tak peduli, bila ku benar-benar cinta mati..ku tak peduli, ku memang begini..bila ku benar-benar cinta mati..ku tak peduli, apa saja yang kau inginkan aku rela.....bukannya aku takut akan kehilangan dirimu tapi aku takut kehilangan cintamu...."

entahlah, cerita ni relate jugak dengan first story tadi. saya takut kehilangan cintamu ibu. i only have u in mylife. lagi makin meningkat umur. saya sedih. sedih.

jika mak takda, jauh....macam mana dengan saya? dengan siapa saya nak share story saya minat dengan siapa and gossip-gossip hangat. takda orang lain yang sayang saya macam mana mak sayang saya....

saya sebenarnya sunyi kalau mak tak ada. kalau boleh mak duduk dengan saya sampai bila-bila ya? *phew! nasib baik mak saya tak tau blog saya, kalau tak mesti dia cakap saya jiwang*

tapi the truth is, saya memang jiwang mak. cuma tak reti nak express feeling dekat mak. kalau boleh saya tak nak mak pergi....


belum tentu kalau saya ada suami, dia boleh jaga saya time sakit dan bila saya jatuh...tak ada yang sama..

kalau boleh saya nak turn back time & rasa susah sama-sama macam dulu..saya happy sangat..bila umur dah meningkat ni macam-macam nak kena fikir..saya tak kisah bersusah payah, hidup susah sama-sama dan dengar tomahan orang lain..saya sangat bahagia..

tapi kenapa mak nak tinggalkan saya..mak tak sayang saya? kalau boleh saya nak ikut mak..tapi saya sayangkan Malaysia..

saya tau,mak susah payah besarkan saya..kita sama-sama susah kan? :)

saya janji lepas ni, saya akan buat yang terbaik untuk mak! ini satu janji..

don't worry i wont look infront of you guys..saya seorang yang tabah & cheerful ! satu je yang saya fikir yang buat saya tabah. at least saya masih ada mak yang sayangkan saya. ada lagi orang yang lebih susah dari saya. anak yatim piatu. dieorang lagi sedih. tak dpt kasih sayang ibu bapa.

saya kira beruntung..alhamdulillah..

semoga Allah s.w.t sentiasa bersama saya, tegarkan hati saya. AMIN.....