18 June 2009

Lelaki annoying

sepanjang tahun 2009 ni banyak jugak saya jugak berkenalan dengan lelaki. tapi satu pun tak rasa sesuai untuk dijadikan teman lelaki. mungkin sebab saya memilih? atau pun mungkin lelaki itu yang buat saya rasa annoying? mungkinlah kot.


Mr N
ni lagi sorang lelaki yang dah berumur tapi masih tak ada fixed income. saya rasa umur-umur senja nak masuk 30-an ni patut dah ada pangkat tinggi. tak pun paling busuk bulan-bulan mesti dah ada RM5000 dalam tangan.

katanya birthday dia dah dekat? so, saya pedulik apa. pernah pulak saya ingat tarikh birthday orang melainkan orang yang saya sangat sayang. hari-hari dia beritahu saya wishlist dia sampai saya naik muak dan nak muntah. apa dia ingat saya nak belikan dia hadiah untuk dia? oh sorry la, perempuan lain mungkin termakan la kata-kata manis awak tu. tapi anda spot wrong person. mungkin boleh cuba lain kali Mr N?

Mr S
yang ini pulak sama kes jugak. umur dah lanjut tak mempunyai pekerjaan tetap. ish! mungkin nasib saya jumpa orang macam ni kot? dia ni sangat obsses dengan saya. apa yang saya buat dia cakap baik dan elok. tak thrill langsung.

bila call, topic-topic yang dibincangkan semua tak memberansangkan. macam buang masa pulak cakap telefon mcm tu. contoh "awak suka lelaki macam mana?","awak suka tak lelaki bla bla bla?". aduh! soalan macam budak umur 16 tahun nak bercinta. awal-awal lagi saya dah reject. sorry Mr S. mungkin awak call lagi, saya angkat telefon tapi saya layan tak ikhlas tau.

Mr F
katanya ada kerjaya, kaya dan succesfull. tapi tak nak commitment. muka suam-suam kuku. tapi saya kurang yakin kalau dia hanya bercerita sahaja tentang ke-succesfull-lan dia tu. saya perlukan bukti yang kukuh. tapi saya tak kisahlah, saya bukan nak bercinta dengan dia. sebab dia jenis lelaki miang.

tak nak commitment so boleh lah flirt sana sini. kesian dengan awak ni Mr F. nanti bila semua perempuan sakit hati dengan awak, jadi la bujang terlajak. lagi satu dia ni agak berlagak sikit. geli pun ada. pernah sekali saya borak dengan dia......

Saya : eh kenapa orang buat cerita 17 again? padahal benda tu mustahilkan?

Mr F : oh! i tak nak 17, i nak masa umur i 20. time tu happening and hot.

Saya : kenapa 20? apa yang happening and hot?

Mr F : oh! time tu i enjoy kat oversea, plus ada duit untuk spending.

Saya : oh really? bestnya tapi over spend duit nanti broke pulak.

Mr F : bukan duit tu di buat untuk spend ke?

Saya : mungkin atau tidak. kalau duit tu habis padan muka. ada emergency macam mana.

Mr F : tak lah. duit tu tak habis. (dalam hati saya : banyak sangat kot duit mamat ni mintak handbag LV satu menganga bayar pakai credit card)




No comments:

Post a Comment