27 June 2009

dua puluh enam jun

aduh. jumaat datang lagi, saya paling benci hari jumaat sebab esoknya dah sabtu & ahad. nanti mesti saya takda plan untuk pergi mana-mana. lepas tu rumah semak dengan semua orang, mesti semua kepochi-kepochi. susah la saya nak tido dengan tenang.

seperti biasa, hari ni saya bangun jam 7.30am dan bersiap-siap dan start engine kereta untuk menghantar emak ke kantornya. sedang-sedang nak panaskan engine, saya pun bukak la radio capuk saya untuk mendengar berita-berita terkini. oh! alangkah terkejutnya saya apabila terdengar berita tentang kematian Micheal Jackson. saya ingat ini main-main, baru macam nak pergi saman FLY FM. geram pun ada sebab takut berita ni khabar angin je.

saya pun balik rumah terus on laptop dan google. la memang MJ's dah meninggal, semua status di facebook semua cerita pasal kematian MJ. dia meninggal pasal heart complication rupanya, saya ingat sebab cancer kulit ke, pasal hidung dia tercabut ke. haha! eh tak baik pulak gelakkan arwah.


ada satu mamat ni konon-konon cool lah, tulis status "KAGUM DENGAN JUMLAH ORANG YANG DISENTUH OLEH KEBERANGKATAN MICHEAL JACKSON. BELIAU SUDAH PERGI, TOKSAHLAH LEBIH-LEBIH" ehh! hello mat, mesti la orang lebih-lebih dia meninggal. awak tu yang toksah lebih-lebih nak create attention. masalahnya, memang semua orang tau yang dia tu legend. dan sangat famous the whole world. even saya yang lahir pada zaman 80-an memang celik-celik mata dah tau teka teki "Masa kecik dia hitam dah besar dia putih" Micheal Jackson lahhh sapa lagi.


nasib baik dia sempat convert Islam, Alhamdulillah. dah la legend at the same time jadi icon untuk orang-orang Islam. Innalillah.....semoga rohnya tenang...


OK Lupakan tentang MJ



saya dapat SMS dari kawan saya masa belajar-belajar dulu :

Miss Temah : Nk ajk lunch

saya : Jom, what time?

Miss Temah : pukul 1pm

saya : ok , dh ntway sms k


kami pon menuju ke kopitiam berhampiran rumah untuk lunch. tengah lepak-lepak, saya terpandang meja sebelah makcik dan seorang anak dia. saya nampak anak dia melompat-lompat sebelah ibu dia, mungkin excited kot nak makan dekat luar. saya pon membuat pesanan kepada pelayanan kopitiam tersebut.

entah kenapa, mata ni asyik nak pandang budak lelaki tu jer. budak tu nampak mcm nakal. lompat sana, lompat sini. sampai tumpahkan air yang baru mak dia bagi dekat dia. uh! saya pulak yang geram macam nak celepuk suruh dia duduk diam. tapi mak dia sabar layan kerenah anak dia. dalam hati, "wahh! mak dia sangat penyabar, harap saya dapat jadi mak yang macam tu satu hari nanti, InsyaAllah".


Malam pun Tiba


Mak : teman mak pergi rumah Cik kiah, lama tak jumpa dia. nak borak-borak la

saya : ok, tapi nak mandi dulu

Mak : cepat sikit, nanti dah malam sangat

saya : mak, nanti belanja ice cream & yougurt ! lapar la :(

Mak : mengadalah ko ni

saya : Pleaseeee.......

Mak : yelah, ice cream potong k

saya : tak kisah as long as mak yang bayar! haha


saya pun bawaklah mak pergi rumah cik kiah, masa sampai tu saya terus terkam kotak Tv sbb kat saya terpandang subtitle "Mencari Jodoh". tetamu undangan kali ini ialah diana rafar & zamarul hisham. masa dieorang wedding saya attend, best gila. cuba anda bayangkan, playground belakang hotel concorde dekat shah alam tu boleh di jadikan wedding garden. sangat creative even saya pun tak terfikir nak buat kenduri kawin dekat situ.


saya pun tak tahu kenapa sejak kebelakangan ni semua asyik tanya saya bila nak kahwin? mungkin dieorang dah nampak muka saya semakin nampak tua kot. sampai saya jadi rimas hari-hari mesti ada topic kawin, tak pun anak. tunggu lah nanti saya dapat jodoh saya mesti kahwin punya. biarlah rasa cinta & hidayah tu datang sendiri tanpa di paksa.

seperti yang kita tahu, kalau nak pilih pasangan tu ada empat ciri-ciri yang perlu diutamakan.
agama,harta,kecantikkan & keturunan. Nabi s.a.w berkata, yang lebih afdal pilihlah yang beragama nescaya selamat dunia akhirat dan haruslah hormat pasangan masing-masing.


tengah kusyuk tengok TV, cik kiah tegur amboi ! nak cari jodoh ke? kenapa takda bf lagi muka comel-comel macam ni ? (bukan nak puji ok! tapi mmg cik kiah cakap) saya pun diam je lah nak cakap macam mana. saya pun tak tau nak jawab soalan cik kiah macam mana. senyum lebar sampai telinga.



sebenarnya cik kiah ni ibu tunggal macam mak saya jugak. cik kiah pernah berkahwin sebanyak dua kali. suami pertama dia tinggalkan dia macam tu sahaja tanpa khabar berita. kemudian cik kiah kawin pulak dengan second husband dia, tapi cerai jugak sebab bini pertama dia dengki. cik kiah dulu mak saya cakap, cantik suka make up dan melaram. memang hot lah! tapi sekarang sebab banyak sangat problem pasal anak-anak, duit dan suami dia dah malas nak fikir dan dah tak melaram macam dulu lagi.



dia cakap dengan saya, lelaki zaman sekarang tak pandang dah kalau perempuan tak berduit. at least ada kerjaya dan tak letak banyak beban dekat dieorang. yang itu saya agree dengan penyataan tersebut. sebab memandangkan economy global kurang bagus dan takkan nak suruh husband kita seorang je keje. kang tercabut tulang empat kerat. so kenalah harus bantu membantu antara satu sama lain. biar cukup makan, minum & pakai. nak beli susu & pampers anak bukan murah sekarang ni. kita kenalah give & take. barulah rasa macam fair & square. bukan ke kita berkahwin tu nak berkongsi segalanya?


saya pun dengar lah dia potpetpotpet dengan penuh semangat sebab dia dah berpengalaman berkahwin dua kali dan pengalaman dia nak membesarkan anak-anak seorang diri. tu bukan kerja mudah. suami tak bagi nafkah, kena kerja sendiri nak sara anak. kesian cik kiah. saya suka dengar pengalaman orang, so nanti bila saya nak buat apa-apa mesti saya teringat dan tak tersalah langkah.

lagipun zaman sekarang ada banyak faktor yang membuatkan rumah tangga tu goyah. so, tak boleh nak anggap benda tu as -ve take it positively. mungkin apa yang terjadi tu ada hikmah di sebaliknya. who knows?


cik kiah masak nasik lemak sedap sangat! saya pelahap sampai habis.
saya layan lagu ni masa tulis blog ni cari mood !







2 comments:

  1. saya : mak, nanti belanja ice cream & yougurt ! lapar la :(

    Mak : mengadalah ko ni

    saya : Pleaseeee.......

    Mak : yelah, ice cream potong k

    saya : tak kisah as long as mak yang bayar! haha


    SO SWEET!!!!!

    ReplyDelete
  2. ahaaa..tu cara kami manja-manja ala-ala hawaii ! :p

    ReplyDelete