28 June 2009

Advertising

tadi ayah sms saya, suruh ngambik dia dekat LCCT pukul 9pm.

"K***, nanti tlg ambil di LCCT jam 9pm. flight number AK747"

saya pun terus reply "OK!"

hari ni saya bangun lewat memandangkan saya tak ada aktiviti hanya berehat di rumah, dan mata saya sakit akibat terpakai contact lens yang dah expired semalam. jadi mata saya tak boleh terdedah kepada cahaya matahari. ingat baru nak golek-golek atas katil, saya terkenangkan tayar kereta yang pancit termasuk paku.

mengeluh "aduh! nak kena pi tampal ni, kang tak pasal-pasal pancit tengah jalan kang mampus aku."

jam menunjukkan pukul 1pm, saya pun bangun duduk termenung atas katil. otak saya mula berputar ligat bila saya terpandang barang-barang kecantikkan atas meja solek saya. "kenapa aku start pakai compact powder,toner,moisturiser brand ni huh?"


mungkin sebab saya terlalu brand concious kot? tapi kenapa boleh jadi macam tu? ala senang je jawapan kepada soalan tu. sebab advertisinglah, kalau tak ada advertising macam mana saya nak kenal brand-brand tersebut. even saya datang dari background advertising, tapi kadang-kadang tertipu jugak dengan advert. haha! sedih betul. tula namanya nafsu.


macam mana nak advertisekan product, nak tau? ok saya bagi contoh, if saya nak keluarkan satu air brand ABC. saya nak kena tahu macam mana saya nak pasarkan menda alah ni. so, saya bagi pihak company ABC dah ada peruntukkan sebanyak let say RM50k. saya akan cari satu advertising agency yang boleh handle on advertising.

jadi on behalf advertising agency tu, media planner akan plan dan buat research dekat mana product ni akan di iklankan & menggunakan medium apa. contohnya, product air ABC saya, media planner akan masukkan di dalam quotation iklankan air ABC ni di billboard dekat fedral highway, segala kos sewa billboard selama setahun (iklan billboard ada contract, paling kejap 10bulan) akan diletakkan dalam quotation. awak pernah nampak selalu bawah billboard besar-besar tu, ada company-company yang akan handle benda alah tu contoh macam UPD, BIG TREE. penah kan nampak, kadang-kadang kalau company kecik, dia akan letak skali number phone so senang lah nak call.


lepas quotation harga dan dah tau where to placed the advertising, baru proceed kepada design. contohnya untuk air ABC kita buat satu TVC, Radio commercial, billboard dan pakaging pun kena design but that particular agency. so design akan dibuat mengikut konsep dan kesesuaian product tersebut. designer will come with one BIG IDEA untuk product tersebut. bila dah siap, Account planner adalah orang yang bertanggungjawab untuk jumpa dengan client proceed design yang telah dibuat oleh agency dia.

setelah pemilik syarikat minuman ABC tu berpuas hati, maka mereka akan terus contact orang yang bertanggungjawab untuk billboard, kilang-kilang nak printkan pakaging, call media prima (if dalam quotation tu dah di statekan TV3, dah pukul berapa nak tayangkan dan rate harga telah ditentukan). dan tarikh-tarikh yang sesuai untuk launchkan product tersebut secara besar-besaran akan dibuat.

lepas product tu dilaunchkan semua media, syarikat minuman ABC ni akan tengok sales dieorang samaada meningkat atau menurun. selalunya syarikat akan invest duit untuk naikkan sales barangan dieorang. if the advertising itself berjaya makan product mereka akan jadi POP! dan semua orang kenal. ok saya bagi contoh bagi product Ali Cafe, pernah tak awak rasa hot chocolate OLIGO COCO? kalau awak nak tahu rasa dia sangat tak sedap ok! lebih baik awak beli Cadbury pnye hot chocolate. lagi sedap. tapi sebab iklan dia kat TV tu nampak best, ramai yang pergi beli termasuk saya. haha!

tapi if sales tak mencapai tahap yang memuaskan, tak boleh nak salahkan advertising semata-mata. kadang-kadang product itu sendiri kena bagus. bak kata pepatah David Ogilvy (father of advertising) "kalau product itu sendiri tak bagus, buat advertising pun tak guna jugak, product itu sendiri harus berkualiti dan di support dengan advertising barulah laris".


dekat malaysia ni, kalau awak nak tahu advertiser (company yang banyak labur duit buat advertising) yang paling banyak melabur ialah syarikat telekomunikasi. macam tahun lepas advertiser yang paling top is Digi. tapi tahun ni pulak Celcom dah amik alih. sebab tu kita tengok banyak sangat iklan telekomunikasi. selain tu ada jugaklah advertiser lain macam Uniliver, MAS, TM dan banyak lagi. dan advertising jugak ada menyumbang kepada economy growth tau.


tapi dekat Malaysia ni, advertising tak sehebat macam dekat US. mungkin kita ada sedikit ketinggalan. even in India pun advertising dia best-best. tapi takpe Malaysia Boleh! pelan-pelan kayuh, mesti berjaya. kita pun boleh tengok banggunan-banggunan dekat KL dah penuh dengan advertisingkan? tu menunjukkan kita dah maju kehadapan jugak. sebab still yet kita memerlukan advertising untuk kehidupan harian kita. kalau takda advertising susah la kita nak compare barang-barang yang in the same product category.





1 comment:

  1. "kenapa aku start pakai compact powder,toner,moisturiser brand ni huh?"

    sbb kamu gurl.gurl mesti nk nmpk cantik n menawan t sng pikat laki.hehe...

    ReplyDelete