06 July 2009

Sunday-ing 6th JULY 2009

phew. saya tercari-cari mood nak mengupdate blog. nasib baik dah jumpa setelah menghabiskan 2 putung rokok dalam toilet akhirnya saya dapat jugak ilham. bertemankan lampu kalimantang dan bunyi kipas capuk saya dalam bilik saya rasa saya nak cerita apa aktiviti yang saya buat hari ni. rasanya untuk hari ini saya nak tambah jadi 28jam supaya saya dapat memenuhi aktiviti harian.

saya bangun agak lewat jam 10am. itupun lepas dapat call dari client yang LELAKI leceh tu. dia suka call saya kejut pagi-pagi pastu nak suruh saya concerntrate dengar dia punya amendments. bangang betul mamat tu. pendek cerita suka buat saya panic di pagi hari lah. walhal, dia dengar kot saya baru bangun tidur. ok lah fine. saya cakap saya tak ada depan computer and will call him after saya dah bukak lappy, then saya bantai la tidur balik. hello! ni sunday mehh, hari saya nak berehat.

lepas saya sambung balik tidur, emak saya pulak membebel ajak pergi kenduri. aduh! kalau mak saya dah membebel tu baik saya bangun dulu sebelum ada apa-apa yang terpelanting atas katil saya. dengan malas-malas saya pun bangun la, as usual mesti lah duduk termenung atas katil dulu. duduk punya duduk, mak saya jerit suruh saya mandi and bersiap untuk pergi kenduri. saya pun bersiaplah pakai baju kurung and make up. then yang tak tahannya mak saya ni entah mimpi apa, pakai leggings and blouse nak pegi kenduri. then masuk bilik...dia tanya


mak : cantik tak kalau mak pakai macam ni

saya : mak ni biar betul

(then dia masuk balik bilik dia lepas pow eyeliner and lipstick saya..lepas tu datang balik)

mak : kalau pakai dengan belt warna ni ok?

saya : aduh mak. no comment la *nak cakap buruk kang majuk plak, langsung tak jadi pegi kenduri lak..dah la tengah lapar ni* mak tak ada jeans ke? pakai dengan jeans la..lenggings tu macam tak kena.

mak : ok la, mak tukar
( then dia datang balik dengan kening dia yang dia salah brush and pakai seluar jeans)

saya : hahahaha. mak tolong la alter kening tu, kelakaaaaaar..kali ni saya cakap yang benar malas nak tipu lagi nanti dia melalut lagi

mak : tula mak rasa pun macam ape tah..dah siap nanti turun bawah terus..

saya : ok! lepas sembur perfume saya pun turun la

lepas bersiap, saya dengan mak pun pergi kenduri. nak dipendekkan cerita, jiran saya ni (lelaki) dah umur 32tahun. baru nak nikah, but actually its normal age for guys to get married. sebelum ni, dia bercinta dengan seorang gadis cina. lama dia couple dengan minah tu, rasanya 8 tahun kot. but, mak lelaki ni tak suka anak dia kahwin dengan cina tu. tapi memang lelaki ni ada masalah dengan gadis cina tu, saya tak tahu la kenapa. then, dia pon berkenalan dengan minah yang dia kahwin ni. baru kenal tak sampai setahun terus nikah. mak saya siap sound saya, lain kali tak payah nak bercinta lama-lama tengok dia tu. kan senang terus kahwin je, kenal bulan 8 tahun lepas. ni terus kahwin. kan sweet gitu. dalam hati saya, mak ni dah start la ni nak bebel ni. kena tebalkan telinga.

Teeeettttt.. sms diterima

Miss A : mlm ni pukul berapa?

saya : 6.30pm k. datang rumah

Miss A : ok..see u

saya ada plan baik pnya, mau pergi KL Music festival dekat Hard Rock. ada kawan from koir kebangsaan perfom. padahal benda tu start at 11pm. punyalah semangat 6.30pm dah keluar rumah! lawakkk. bayangkan lah berapa jam tunggu. namun saya enjoy lepak dengan kawan-kawan.

masa dalam hard rock tunggu performance, saya asyik terpandang production team. nampak kerja dieorang macam senang tapi sebenarnya payah. then after few minutes, kumpulan koir keluar untuk buat persembahan for 30mins and the perfomance was superb! kudos to them. saya sempat capture beberapa gambar mereka. it's new style of koir. sangat best. serious saya tak tipu. banyak lagu yang dieorang nyanyi. sebenarnya dulu saya pon penah join koir. and saya group Alto's. sebab tu saya suka tengok dieorang punya peformance but the audience pun enjoy jugak. i love it. rugi sapa tak pergi.


****Masa saya lepak dengan kawan jam 7.10pm Mr B sms saya "selamat berbuka" auw. so sweet. dia ingat saya puasa kot. padahal saya dah melantak macam nak mampus. ***








kaki


Meet uncle hussein




kumpulan koir kebangsaan



kumpulan koir kebangsaan



No comments:

Post a Comment