31 July 2009

No suitable Title

semalam masa makan petang dekat maplair dekat tempat kerja saya, masa mau bayar duit tiba-tiba ada orang panggil "SIAMM!" "SIAMMM!" saya pun toleh la belakang. sebab nick siam tu hanya orang-orang yang terdekat je yang tau.

sekali saya pandang, aduh! LECTURER MIANG yang saya pernah cerita di entry yang lepas. saya bersiap sedia jadi transformers muka plastic. sengih-sengih macam kerang busuk.

saya : ye, cik L buat apa kat sini?

encik L : makan la, buat ape lagi? sapa tu *sambil menunding kawan saya*

saya : kawan saya la cik L, takkan musuh saya.

encik L : awak nak pergi mana ni?

saya : saya kerja kat atas tu

encik L : kirim salam ye dengan kawan awak tu.

saya : yela cik L. saya balik dulu ye

*masa tengah bayar saya dengar dia mengumpat saya dengan kawan-kawan dia, duk menyebut siam..siam..hish! geram sungguh rasa macam nak cabut je bateri dalam jantung dia tu*


lepas makan saya ajak Miss F teman saya bekerja, dia tak habis-habis cerita pasal rumah yang bakal bapak dia beli dekat Sungai Pelek. saya pun tak pernah dengar nama tempat tu. tetiba Miss F kata nak bawak saya pergi tempat tu. saya pun kata, gerak sekarang lah. ponteng je keje ni. malas lah tak ada orang. kami start engine dan terus menuju ke Sepang.

perjalanan yang agak jauh sebab sesat-sesat jugak lah, al maklumlah masing-masing rabun lepas tu nak tunjuk hebat bawak kereta malam-malam. dekat dua jam baru sampai destinasi. rumah tu cantik, kawasan luas. worth it kalau bayar RM250k untuk sebuah bunggalow monopoly dengan kawasan halaman yang sangat luas.

Miss F tak habis-habis cerita pasal rumah dan cakap itulah rumah untuk emak ayah dia duduk nanti. best la jugak at least family dia dah buat family planning. sedih jugak saya rasa sebab, mak & ayah saya tak macam tu. tapi masa Miss F cerita semua saya macam dah tak ada perasaan. jadi anggukkan jer. saya rasa dah imune.

lepas tu, saya ikutkan kehendak Miss F nak tunjuk tempat kahwin idaman dia. Sepang Goldcoast. cantik tempat tu, bali style. tapi saya rasa cost nak kahwin kat situ mesti mahal. tapi tak pe lah dia mampu. dia dah siap berangan dengan saya-saya pun tolong berangan untuk dia. lucky her, semua apa yang dia nak semua dapat. tak payah nak fikir banyak-banyak. cuma dia ada masalah dengan bf dia yang tak appreciate dia.

bukan masalah tak appreciate, kadang-kadang lelaki ni dieorang susah nak diduga. bukan semua
laki boleh berlakon macam Ady Putra atau Farid Kamil. sangat romantic and such. tambah-tambah lagi bf dia tu sejenis yang slumber and rileks. saya dengar lah keluhan hati dia. walhal saya dah rasa apa yang saya rasa 6thn. kadang-kadang benda yang kecik macam tak sms sehari pun boleh jadi issue. as perempuan bukan nak mintak lebih, tapi just nak teman lelaki tu concern pasal kita.

dalam hati sayang memang sayang, tapi mulut cakap benci. tak boleh ke lelaki tu sms or call "Hi sayang! How was your day?" "Awak dah makan ke belum?nak makan dengan saya tak?" walaupun tahu berjauhan, just show that you care and remember your gf. baru lah dieorang rasa di pamphered. orang perempuan ni attention seeker. kalau dah commit pada sorang, maka orang tu lah yang dia sayang and kalau boleh nak tau semua apa yang dia buat. sampai korek idung pun nak tau.

tak boleh nak salahkan perempuan, cuma lelaki tulah, kurang nak concern. mungkin tak semua lelaki macam tu. ada sesetengah mungkin ok. tapi bagi type-type bf Miss F ni, jaga-jaga. jangan bila nasi dah bubur baru nak kunyah. saya cakap thourgh experience. bila hati perempuan dah tertutup, susah nak bukak balik. walaupun hati sayang. tapi, tak nak terima balik atas dasar kesian.

ok habis cerita tu, bukak story kedua pulak.

saya tak tahu lately ni saya takut dengan lelaki. saya jadi phobia lepas apa Mr B buat dekat saya. saya rasa sangat benci. maksud saya lelaki yang nak flirt-flirt ni, setakat kawan-kawan lelaki ni saya tak kisah sangat.

semalam ada seorang mamat add saya dekat facebook. and then bila saya approve, dia terus facebook chat. belum sampai berapa ayat saya reply, saya terus offline. sebab saya malas nak cakap banyak dengan dia. terus dia send message, "kenapa awak offline?" saya terus delete dia dari friend list.

pagi tadi pulak, ada seorang kawan kepada client saya sms saya.

MR Af : Morning

saya : morning

MR af : awal awak bangun

saya : awal ke? lambat lah ni. ni nak check saya semayang subuh ke tak ke

MR af : eh tak lah, saya tak boleh tidur

saya : oh..yeke..

MR af : boleh call?

saya : saya tengah drive. awak cari la mangsa lain k.

terus dia senyap tak reply sms saya. saya sangat paranoid. rasa macam lelaki nak main-mainkan saya je. padahal mungkin niat dia lain. tapi entahlah. saya pun tak tahu. haha!



3 comments:

  1. "bila hati perempuan dah tertutup, susah nak bukak balik. walaupun hati sayang. tapi, tak nak terima balik atas dasar kesian. "

    totally agree with u. i think we hav the same fate..haha..im kinda fobia too..ur entry really express what i feel too.

    ReplyDelete
  2. Panjang benar cerita kamu tapi saya tetap membacanya. Ternyata kamu teramat teliti dengan kehidupan yang masih panjang buat kamu ini.

    ReplyDelete
  3. harini pak cik menggatal tu tnye bertanyakan kak siam sebab kak siam tak de dlm klas.

    tak paham ngn pak cik tu. skali skale kene tunjuk poster budi bahasa budaya ita kat die.

    ReplyDelete