20 July 2009

Hancing Kuasa Dua

saya terbaca post "kencing dol hancing" dari blog belle. it's interesting story, sebab as perempuan yang duduk area urban, suka tengok lelaki yang kategori MAT SMART & WANGI ni. biasalah, dah nampak smart mesti lah konon-kononnya berduit. walhal, dalam poket cukup-cukup makan je.

tapi memang tak dinafikan saya sebagai perempuan kadang-kadang tertipu jugak dengan MAT SMART ni. almaklumlah, dah la smart wangi pulak tu. tapi takda lah tertipu sampai kena beli insurans dia jual. haha! setakat bawak teman makan tu mungkin.

biasalah, perempuan bila sampai otak senget dia, boleh puja-puja mamat yang disukai tu. tak boleh salahkan MAT SMART tu 100% memang tugas dia memerlukan dia marketkan product dia dan mungkin dia mencari mangsa perempuan sebab dia mungkin sedar kelebihan dia tang mengayat perempuan, dan kelemahan perempuan pulak pantang bila di ayat.

so, itu satu advantage untuk dia. maka wahai wanita-wanita di luar sana. berhati-hati. jangan nanti makan hati berulam jantung pulak bila kena pow dengan mat smart ni. alih-alih nanti duit shopping kamu, habis kena kebas dengan so called MAT SMART ni.

tapi sebenarnya saya kurang selesa kalau keluar dengan lelaki yang berpakaian jenama up to toe ni. saya bayangkan saya kena act like a princess depan mereka. saya lebih prefer simple guy with brain.


**kerja banyak!!!!



1 comment:

  1. kasihan org mcm Zul takleh cari makan lepas ni. bior mrk kerja amanah sikit. hahaha

    ReplyDelete