19 June 2009

Saya Orang Baru

saya orang baru berblogging. walaupun pernah cuba sebelum ni. tapi asyik terkandas. saya rasa kali ni saya mesti berjaya. semakin cintakan blog. muah.


dah lama tak main tag. try sekali. saya "curik" ni dari Cik Belle. awak jangan marah ye. saya upah coco jelly nanti :)





Bekas kekasih saya:
seorang animator dan pelukis yang berbakat. kagum dengan anugerah Allah s.w.t beri pada dia. sebab kalau saya lukis kapal terbang mungkin jadi keretapi?



Saya sedang mendengar:
koleksi lagu dewa 19 saya. risalah cinta.



Mungkin saya patut:
mandi sekarang. sebab saya rasa bau dah macam kari basi.



Saya suka:
membaca. tapi itu pun ikut mood.



Sahabat-sahabat baik saya:
saya malas bersahabat baik. al-maklumlah perempuan ni susah nak dipercayai. kepochi sangat.



Saya tak paham:
kenapa saya masih tinggal di Malaysia sekarang.



Saya kehilangan:
duit RM55 sebab saya beli kasut. menyesal pulak, sebab saya sendiri tengah takde duit.



Ramai yang berkata:
saya ni cantik, tapi kalau kurus. tak boleh ke terima saya seadanya? bosan betul.



Makna nama saya:
ketenteraman.



Cinta itu adalah:
misteri.



Di suatu tempat, seseorang sedang:
terkejut, apa maksud perempuan dot dot dot ni?



Saya akan cuba:
tidur selepas ini walaupun saya tau sekarang dah pukul 11.30am. *belum tidur dari semalam lagi*



Ayat SELAMANYA membawa maksud:
aku milikmu wahai PenciptaKu.



Telefon bimbit saya:
ada 556 inbox dan 601 sent items



Bila saya terjaga dari tidur:
saya rasa macam nak makan cencaluk dengan ikan goreng.



Saya paling meluat apabila:
orang lelaki yang suka cakap besar.



Pesta atau Parti adalah:
masa untuk bersuka ria. cliche betul jawapan saya.



Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
saya suka dengan kucing. tapi saya takut nak pegang. *takut kena cakar*



Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
waktu belajar dekat Uni dulu. rindu dengan kawan-kawan sebantal.



Hari ini:
saya rasa saya kena makan rojak kassim. sebab semalam saya beli mak saya pergi sebat sampai habis. dah lah rojak sotong pulak tu. aduh!



Saya betul-betul inginkan:
sebuah rumah. tour europe.



Ketika anda lihat wajah anda di cermin pagi ini:
kenapa ada jerawat atas dahi ni. rimas.



Makanan segera adalah:
menggemukkan. tapi makan jugak. sebab nak segera.



Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang:
nanti telefon balik. mak saya dah bangun.



.
Siapa yang anda nak Tag?
kalau saya tag rasanya dia tau tak?

2 comments:

  1. Bagi menjawab kenyataan SAYA PALING MELUAT APABILA untuk itu saya akan sedaya upaya untuk TIDAK menggunakan perkataan besar sebaliknya menggunakan metafora dan kiasan semata mata bagi mengelakkan orang kata saya bercakap BESAR. Saya janji saya takkan gunakan perkataan Besar (cubalah ehh).

    ReplyDelete
  2. gembira ada orang respond untuk entry saya yang ini :) terima kasih. maksud besar itu agak general. mungkin salah saya tak bagi contoh?

    "hi gadis, u looks gergeous today. mlm ni i nak ajak u dinner dekat Westin Hotel. i bole fetch u malam ni, dengan Cannyen i atau u tak suka kereta besar i bawak sports car i yang lain?"

    ReplyDelete