23 June 2009

i want to be your favorite hello and your hardest goodbye

sweetnye kalau lelaki boleh cakap macam tu dekat saye. mesti saya terkembang-kembang bontot. haha! perasan sungguh. saya nak ape jadi favorite hello awak sampai bila-bila and the hardest goodbye sebab nanti awak takkan tinggalkan saya. cewah! cam filem Shakespeare gitu.





saya bukan nak cite sangat pun pasal title tu. tapi recently saya ada jumpa kawan baik saya. kira kawan baik jugaklah, sebab saya selalu contact her through facebook. kekadang tu singgah-singgah page die tanyakan khabar. memandangkan saya tengah cuti, dan dia pulak menganggur buat masa ni. so we have decided untuk bertemu di sebuat kopitiam ABC. bila dah dua mulut murai bertemu maka keluarlah segala gossip-gossip sok sek sok sek kiteorang.

saya : eh Cik P, u dengan si brat pitt (bukan nama sebenar) tu ape cite?

Cik P : eh kiteorang dah 4 bulan dah clash.

saya : ya rabbi, kenapa i tak tau ni. dulu bukan main ehem-ehem lagi.
asal clash? *kepochi sungguh aku ni, tapi nak kepastian*


Cik P : dia ada perempuan lain lah.

saya : hish! dasar lelaki, dah ada gf cantik nak cari yang lain lagi. nak cantik tara mana tah!

Cik P : takpela, takde jodoh, sekarang pun i dah ada yang lain. which is better than him.

saya : eh bgs sangatlah tu, biar dia dengan perempuan obsses tu.




pastu bla bla bla banyak lahhh gossip kiteorang keluar. mana bole cerita semua. kantoi la macam ni..haha





apa yang saya nak cakap sekarang, saya ingat perempuan je jenis tak pernah puas dan bersyukur sebab perempuan ni ada 9 nafsu. lelaki cuma ada satu nafsu je. yang si Brat Pitt ni, perasan sangat hensem. konon-kononnya photographer lah! tapi tengok album, semua gamba gonjeng dia je dia letak. obsses sangat dengan muka dia yang konon-konon macam rangga tu. bagusla tu pergi bercinta dengan perempuan yang sama obsses dengan kamu tu.


masalahnye, ada jugak lelaki yang nak hidekan status relationship dieorang sebab still nak mencari yang terbaik untuk mereka. maksud saya macam, Cik P tu dah memang cantik, berpelajaran, independent dan macam-macam lagilah. tapi, still yet dia nak cari yang lagi bagus. EH BRAT PITT kalau macam tu baik couple dengan bidadari je lah. senang, semua complete.


cubalah kita bersederhana sikit, apa yang kurang kita baikilah. apa yang penting, niat kita nak bercinta dengan kekasih kita tu. kalau kita betul-betul ikhlas terima dia seadanya, saya pasti mesti bahagia punya. kalau kita ada pasang niat lain, still searching for perfect women sebab rasa diri sendiri perfect sampai bila-bila pun tak jumpa. kadang-kadang awak kena judge seseorang tu dari cara dia membawa perwatakkan diri dia. kita boleh nilai samada dia bijak atau sebaliknya. tapi bagi saya sendiri, nak kenal seseorang tu mengambil masa yang lama. bukan senang nak membuka pekung didada.


senang cerita in relationship, kita ikhlas dan trust. itu je lead to happy. jangan nak selalu sangat cari yang perfect, sungguh-sungguh nanti awak mesti tak dapat punya. saya cakap berdasarkan pengalaman. kalau dah couple dah lama tu, buang perasaan bosan. buat aktiviti-aktiviti yang dapat menceriakan relationship. contohnya macam picnic di hujung minggu, ajak pergi galery ke, keluar jalan-jalan naik public transport ke. mesti happy!

1 comment:

  1. kalo kawen bidadari syurga pon. isteri kat sorga lg lawa. maka kena cari isteri lawa + iman mantap. iman rabak, abes la kena tarik kaki nie nk masuk sorga.

    ReplyDelete