20 September 2009

Raya La Wei

orang sibuk cari baju raya, masak lemang, main mercun, kopek bawang nak buat rendang. saya pulak sibuk duk main game dekat facebook. gila bosan raya tahun ni. dah dekat 6.30pm, baru turun bawah nak fikir masak apa untuk berbuka untuk last day puasa ni.

semua pun macam tak bersemangat dalam rumah ni, kecuali pak long saya. siap pegi beli daging lembu & ekor lembu nak suruh buat masak buka puasa. saya pun apa lagi, tolong la dia masak. susah betul kalau ada dua chef dekat dapur ni, sorang kata masin sorang kata tak masin.

ok fine, lupakan cerita tu. so di pendekkan cerita, lepas buka puasa saya ajak mak saya pergi shopping mall nak cari baju. bukan baju raya ye mak enon. saya nak cari baju untuk saya melaram bila dah habis raya nanti. ingatkan tak dapat shopping langsung tahun ni, tup tup murah pulak rezeki ramai orang kasi duit raya. dah orang hulur saya tadah jer.

tapi saya pakat dengan mak saya nak pergi shopping complex yang banyak cina, sebab nanti tak lah terasa sedih sangat tak beraya dekat kampung. ingatkan kiteorang je yang tak balik raya, rupanya dekat shah alam ni, ramai pulak yang tak balik. economy tak bagus tahun ni. semua decide untuk raya kat bandar je. nak kata economy tak bagus, tengok orang perempuan shopping raya tak nak kalah pulak. ish ish!

dah habis shopping baju, saya kata dengan mak saya teringin nak makan kuih batang buruk. every year tu la kuih fav saya. tolak kuih tart ke, semperit ke, mama carey ke. batang buruk ranking no. 1. so kiteorang singgah kompleks PKNS. oh mai god! ramai gila orang. yang ramainya tang tempat beli kuih, termasuk saya, saya sekali menyemak dekat situ.

nak tau pasai pa ramai tempah kuih? sebab kali ni penjual-penjual kuih dah advanced tak macam dulu lagi. dieorang dah bagi pembeli rasa tester! so budak-budak muda ni apa lagi, lalu lalang kat walkway tu banyak kali sambil try kuih. bukan sekali dua singgah kedai yang sama, banyak kali pulak tu. haha! lawak sungguh. saya dengan mak saya dah bantai makan asam duduk tepi kedai kuih tu sambil perati gelagat orang. bukan budak muda je, orang tua-tua pun sama amik kesempatan nak merasa kuih free. almaklumlah! Rayaaa LA WEI ! kuih lelong lelong, baju kurung 3 RM100. raya pnya pasal.


saya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada semua bloggers :)

2 comments:

  1. Haha lelong 3 RM 100...
    Jangan tembong pakai baju same lagi udah le...

    ReplyDelete