kamu pernah rasa dunia ni semacam tak adil pada kamu? saya tak pernah rasa. sebab dunia tu bulat. dia hanya tahu berputar. umur pun dah lanjut. dia tiada masa nak adil2 pada setiap orang. tapi saya pernah rasa orang sekeliling tidak adil pada saya. untuk persoalan yang meruncing ni, saya selalu tanya kenapa, apa, bagaimana, siapa, di mana, macam mana pada diri sendiri. yang saya sendiri yakin saya tiada jawapan.
saya seorang yang degil tapi terbuka. maksud saya terbuka bukan lah saya sudi membuka baju. tapi saya boleh terima kalau sesiapa ingin berkongsi apa2 dengan saya. saya sudah bagi hint, terpulang pada kamu bagaimana mahu membuka jalan seterusnya. saya benci kalau saya penat sudah berhint2, tapi kamu tak guna effort yang ada untuk betul2 berkongsi dengan saya.
ini bukan saja untuk lelaki, malah saya aplikasi juga pada perempuan.
saya juga mengharapkan feedback. orang cakap jangan berharap. tapi saya suka berharap. saya manusia normal yang tak reti nak berhenti berharap di samping memberi hint. itulah silap saya. kerana saya normal, harapan saya selalu kabur. dan jarang mahu menjadi realiti. sedih nya lah saya ni. dan silap saya lagi, orang sekeliling tak sama dengan saya. kadang saya harapkan putih, dapat kuning, itu sudah cukup mengecewakan.
setiap feedback yang saya terima kalau yang menghentam saya tentulah saya terasa. walaupun saya sedar saya salah. tapi saya tetap terasa. lebih2 lagi kalau ia melibatkan kerja saya, duit saya dan kehidupan saya. tapi saya tak mengharapkan kamu meminta maaf. sebab kadang2 hentaman tu untuk kemajuan saya. tapi kalau kamu pernah sampai satu tahap kamu duduk di separuh hati saya, dan kamu menghentam saya, tiba2 saya rasa hati sebelah saya tu kosong. sebab saya beri kamu peluang duduk di hati saya, saya yakin kamu mampu memahami hati saya dan membimbing saya.
penat.
kadang2 kita kena biar hukum alam tu berjalan sendiri tanpa kita gatal2 mahu buat rancangan sendiri. saya sudah penat mahu berkolaborasi dan merancang. lagipun, saya kan masih muda. :)
setuju 100% kan?
No comments:
Post a Comment