sebenarnya dulu masa kecik-kecik saya rasa saya yang paling galak sekali. kalau baju raya yang casual sahaja tak lebih dari enam pasang, baju kurung cukup hanya dua pasang, dan kasut raya satu bertumit satu lagi sneakers saya mesti mengamuk. setiap tahun saya mesti pastikan yang semua baju tu complete untuk saya seorang. saya tau saya agak selfish, but that's the fact. itu masa umur lingkungan enam tahun hingga dua belas tahun. biasalah budak-budak.
bila dah meningkat dewasa sikit, saya dah tak nak dah baju kurung, cukup sehelai saya dah rasa macam bersyukur sebab saya akan beli banyak seluar jeans dan t-shirt. saya ingat lagi waktu saya tingkatan satu, saya tomboy. selalu mintak baju nike, kasut adidas untuk raya. kalau selak balik gambar masa zaman-zaman saya tomboy ni memang geli hati, saya rasa sangat berbeza, memang berbeza! if to compare dengan diri saya yang sekarang ni saya rasa sangat lain lah. mungkin time tu saya cuba untuk mencari identity sendiri tapi malangnya terpesong untuk jadi tomboy pulak. haha!
then start masuk form 4, saya dah suruh mak saya buat baju kurung sulam-sulam kerawang-kerawang. biarlah gatal tangan ni, asalkan baju kurung saya tu yang paling banyak kerawang among semua sanak saudara sayalah. almaklumlah, emak saya ni ratu kebaya, dia ni memang suka kalau bab-bab menyulam baju. dia dah tau anak dia suka, kalau boleh sampai nak guna benang emas pun dia sanggup kot. haha. tak lah gurau jer. time ni saya dah start nak pakai-pakai make up, high heels dan dah pandai melaram. dah buang jauh-jauh dah sneakers dan segala t-shirt.
terasa sungguh berbeza setiap peringkat umur nak beraya. bila dah makin dewasa ni, saya rasa baju raya semua dah tak penting untuk saya. yang penting kalau saya dapat kumpul ramai-ramai dekat rumah and tak dela rasa sangat sunyi. dulu masa pagi raya, saya selalu sedih. selalu compare kenapa family saya tak macam orang lain. tapi, sekakrang saya rasa sangat syukur sebab ramai lagi orang yang kat luar sana lagi susah dan sedih dari saya. saya still ada mak & ayah celebrate raya dengan saya. even kawan-kawan yang rapat dengan saya semua still tanya khabar saya. it does shows that they care for me! thanks a lot.
asalkan puasa kita cukup, ibadat kita cukup baru boleh nak raya sakan. itu baru betul nak raya. if tak cukup puasa baik jangan raya. saya menyesal tahun ni saya banyak skip puasa, sangat menyesal sebab sebelum ni saya selalu puasa penuh kecuali red card. next year, saya nak puasa penuh! tak mahu tinggal puasa dah. saya nak raya dengan semua orang dengan ikhlas. keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara tu sangat penting, baru semua orang sayang. orang yang tinggal puasa tu saya rasa macam sampah jer, sebab saya dah rasa tahun ni saya macam sampah sebab banyak tinggal puasa. 2009 ni tahun banyak tarak ong! 2010 insyaAllah i'll be better person.